Thursday, August 03, 2006

Kombini Hamamatsu :)

Tak kisahlah samada anda pembaca ni Islam atau tidak, klik blog ini...

http://killedbaby.blogspot.com/

by

Free Dome
&
Rozane...

Lepas klik tolonglah buat apa-apa yang patut SELAIN dari hanya berdoa kepada Tuhan anda... hmmm... Jangan lupa buat link tersebut di blog anda... lepas tu kalau ada masa dan masih ada mood bolehlah sambung baca entry Hamamatsu-Now!!! untuk hari ini...

Posting ini didedikasi untuk Maklang yang pernah bertanya apakah dia kombini... Kombini adalah bahasa inggeris yang telah dijepunkan oleh siapa lagi kalau bukan orang jepun... Apakah maksud Kombini??? Ianya pendek untuk CONVENIENT STORE... DAH KLIK LINK ATAS KE BELUM???


kombini lawson...

kombini circle k

kombini sunkus...

Contoh2 kedai kombini ini adalah 7-11, Lawson, Sunkus dan bermacam2 lagi. Kenapa begitu 'convenient'? Sebab hampir segala urusan boleh dilakukan disini sambil membeli-belah... Urusan mudah tersebut adalah seperti membayar bil talipon, letrik dan gas... yang sronoknya, 24 jam 7 hari seminggu kombini2 ini dibuka... DAH KLIK LINK ATAS KE BELUM???


unagairi (pulut berinti)...

cokelat di sunkus...

DAH KLIK LINK ATAS KE BELUM??? Selain itu boleh juga kita faxkan dokumen2 penting seperti surat nikah dan sebagainya... Ada juga rak majalah dimana ramai orang2 muda Hamamatsu suka jadikan perpustakaan awam... baca tapi tak bayar sebab tiada mamak nak marah... majalah yang ada pula bermacam2 jenis... dari komik jepun, majalah fesyen, majalah kerta dan majalah perempuan seksi... DAH KLIK LINK ATAS KE BELUM???


barang2 di sunkus...l

Pekerja2 kombini pula sama macam kedai2 lain di Hamamatsu, sentiasa memberi bantuan dengan senyuman sambil banyak bercakap2 dengan pelanggan... "Selamat Datang... Nilainya 200yen... Encik bayar dengan 1000yen??? Ini pulangannya, sesuai ke??? Terima kasih banyak2..." DAH KLIK LINK ATAS KE BELUM???


mercun dan bunga api di sunkus...

Tapi disebuah kombini bernama Sunkus di Hamamatsu ini anda boleh berbahasa Melayu sebab En. Aizad kadang2 bertugas di situ... heheh... Kadang2 taukeh kombini tersebut juga turut bertugas bersama beliau... Taukeh En. Aizad pun berpakaian seragam kombini dan tak lain rupanya dengan pekerja kombini lain... Sekali pandang ingatkan pak cik tua pencen buat part time, tapi rupa2nya taukeh besar yang loaded... DAH KLIK LINK ATAS KE BELUM???


En. Aizad di Sunkus...

cash register dan bilik taukeh sunkus...

nampak tak taukeh sunkus di kaunter...

Apa lagi anda boleh beli di kombini? Air, makanan ringan, makanan berat, cokelat, krup krap (keropok), DVD, arak, alat-tulis... hmmmm... setem, berus gigi, gunting... hmmmm... setokin, bateri, aiskrim... hmmmm... bunga api, lighter... hmmm... fikirkan sendiri, mungkin ada... DAH KLIK LINK ATAS KE BELUM???

19 comments:

FaEzHussain said...

saya rasa krepok lekor,laksa penang,budu, cincaluk dan segala makanan exotic/erotic malaysia deme tak juai, kan?kan?
sini takde kombini, ada supomaket yg bukak 24jam isnin-sabtu.ahad till jam 4 jek.

gus said...

oh, ingatkan tempat perihal bini.

komputer bini, komunikator bini, kompiuskan bini, komplen pasal bini, dan macam macam bini lagilah...

hahah, jangan marah, entah kenapa aku merapu hari ini...

Anonymous said...

huhuhu.. org jepun dan mcm2 lagi. hehe...

Izhal said...

dr. faezhussain,
alamak kantoi la barang2 yang tak ada di sini... majalah erotic malaysia juga tak ada... hampeh...

agus,
ko ni nak kena kawin ni... hahaha...

atok,
ya, rasanya tak cukup 3 tahun nak blogkan benda2 di negara aman lagi makmur ni...

Lan Rambai said...

Dah klik dah...

zino said...

banyak betul benda2 kat hamamatsu ni ya.. belum lagi kat tempat lain..

Anonymous said...

saya takutlah nak klik kat link yg en. izhal suruh berulang2 kali tu. ada gambar a killed baby ke? saya tak sampai ati la tgk benda2 ngeri camtu. tapi saya link kan je lah kat website saya yer.

anita kema said...

izhal,
to be honest..i clicked that link tapi lepas tu cepat2 tutup balik sebab tak sanggup nak tengok. Apa yg dilihat di surat khabar pun dah cukup buat saya terisak2. InsyaAllah with or without looking at the link my prayers are with them..dan insyaAllah jugak, tempat anak2 yg terkorban itu adalah di syurga hendaknya. amin.

simah said...

dah klik dah..sedih tengok..

Anonymous said...

Thank you for playing your role in raising awareness..

Kiah Kardashian said...

tak saya tak nak klik link tuh sebab kat dubai ni pun tv 24 jam rolling gambar budak budak kena bom dengan israel. Tak mo tengok. Sedih sangat. Apa ada dalam hati depa yer. Tak pernah terfikir ker kalau yang kena tu anak atau sedara sendiri.

Pasal kedai kombini puler. Sayasuka kedai kombini sebab memacam ada. Tapi for sure kat jepun paling femes kedai kombini. Kat mesia dulu ada hop-in tapi now dah lenyap dah.

HR said...

Sometimes I wonder if every of their stuffs are written in Japan...

Anonymous said...

dah lama tak jengok kat blog you,,sometime setakat tengok kat pixs tu pun dah dapat tahu jalan ceritanya..;-) saya masih tak ada masa nak update fotopages..what a shame..demam sakan for a week and now busy with new job..

blackpurple @ jowopinter said...

Yahudi laknatullah tu memang tak layak hidup di bumi Allah ini..!!

Kombini...? lawak bunyinya...ha ha..

Izhal said...

blackpurple,
lama2 semua perkataan yang lawak di sini dah jadi tak lawak...:)

kent,
good luck with your new job...

hanis,
yes they are... ingredients and all are in japanese...

zakiah,
ya la, hip hop mana pi entah... 7-11 je yang masih bertahan tapi itu pun tak sekombini macam kombini di sini...

zino,
ya banyak, nak blog kesemuanya tak sempat... tapi rasanya dah pueh dengan benda2 banyak hamamatsu ni... heheh...

azli jamil,simah,anet kema dan lan rambai...
thank you for clicking...

maslina solkepli,
oh kalau takut tak pa lah... terima kasih kerana linkkan...

KAMATO said...

israel ni didalangi amerika, kalau semua negara pulau dollar, dia akan sakit...

Ajzie said...

seronok lah eik ada kedai begitu..sini tak dapat...Montag-Frietag = 7am - 8am aje. Sabtu plak 1/2 day. Ahad semua tutup kedai.

Saya dah klik link tu..sedihhh

Mama Sarah said...

like many other, dah tengok link tu jugak.

sunguh kejam.....

Izhal said...

mama sarah, ajize dan kamato...
thanks for clicking...

THANK YOU FOR READING HAMAMATSU-NOW!!!
-izhal abdul halin-