Friday, September 22, 2006

Agama Hamamatsu...

Naluri azali manusia sejagat sentiasa mencari sesuatu yang hendak disembah. Memang dijadikan begitu... Tuhan dicari oleh berbagai kaum tapi masalahnya Tuhan itu tidak kelihatan... Tapi ada juga yang tidak percayakan Tuhan... Ada juga yang mengatakan hantu itu Tuhan... hmmmm...


jinja (kuil) kecil...

bahagian dalam jinja...

pintu gerbang di jinja (kuil jepun)

Tidak ketinggalan juga manusia di Hamamatsu, mereka juga mencari Tuhan... Hasilnya berhala-berhala dibuat untuk disembah...


singa penjaga jinja...

Di Hamamatsu, mereka mengamalkan agama menyembah alam semula jadi, Shinto... Ada juga beragama Budha Shinnang... Tuhan yang mereka ketemu adalah semangat-semangat ghaib... Ada semangat yang menjaga langit, ada yang menjaga api dan macam2 lagi... Ada semangat yang baik dan ada yang jahat... Hasil ajaran agama ini, mereka harus berbuat baik dan menjaga alam ini... Bila saya sembang dengan kawan, bayangan syurga mereka serupa dengan syurga Islam... Ada bidadari cantik, ada sungai luas, udara nyaman, semua manusia sama dan macam2 lagi persamaan...


altar...

Macam kita, ada juga bida'ah-bida'ah yang mereka lakukan... Contohnya, bila membeli kereta baru, tok sami akan menjampi agar kereta selamat.... Di Malaysia, ada juga upacara membaca Ya'sin bagi tujuan yang sama...


pintu masuk...

Sebenarnya cara betul untuk melihat Tuhan bukanlah dengan mata kasar, tapi dengan mata hati melalui Iman... Sebagai orang Islam kita percaya kepada Allah Subhanahuata'ala... dan Dia menurunkan ayat yang membawa maksud agama kita untuk kita dan agama mereka untuk mereka... Kita juga disuruh supaya jangan mengecam agama lain... Mungkin kerana agama lain itu niatnya murni, untuk mencari Allah, namun tidak ketemu...

- Hari ni solat jumaat pertama di Masjid Hamamatsu :) -

10 comments:

juwaidah said...

solat jumaat pertama dan terakhir di masjid Hamamatsu la ye for you?

Anonymous said...

ehhh kat mana masjid baru weii?? aku tatau jalan nak g sana!!! takpelah aku solat zuhur kat ryuugakuseituuwashitu (bilik rehat & cakap ALIEN (foreign student) ihihihihi.. amcam tinggal roynett hotel semalam?? beli bento kat kedai bentou depan hotel tuh??

Sherin de Souza said...

Yg syok tengok, kuil mereka pun nampak cute je.. :)

I agree with your last few sentences. Niat & matlamat kita yg beragama semuanya sama - buat perkara yg baik & jauhi perkara yg tidak baik, hanya mereka tak ketemu Yang Maha Suci Allah.

I would like to wish you and family a safe journey home. Take care!

Lan Rambai said...

Masjid baru bukak atau ko baru kali pertama nak ke masjid kat sana hahaha

Anonymous said...

another good entry... izhal san berjaya memahami cara hidup masyarakat setempat.. bagus..

Anonymous said...

Kalau begitu awak pernah tengok cara mereka mejalankan upacara penyembahan mereka, betul? Saya ingin pastikan jika mereka ada menepuk kedua tangan mereka dalam process penyembahan itu? Pernah satu ketika dulu, rakan sedarjah saya seorang bangsa cina, menunjukkan saya cara orang Jepun sembahyang sebagai satu prank.

Ada juga seorang kawan melayu saya pernah melancong ke sana bersama rombongan sekolah dah lama jugaklah..dia terperanjat waktu menggunakan public washroom di sana...tak payah cakaplah, saya rasa awak pun tahu...:))

Anonymous said...

terlupa, ingin mengucapkan, Selamat Berpuasa kepada awak sekeluarga. :)

Shami said...

Asalamualaikum,

Selamat kembali ketanah air, selamat berpuasa, ...mesti puasa tahun ni best kan dapat bersama keluarga di tanah air..

Ni suami shami ada tengok kedai potong kereta last entry, you dia, tanya kita kat Msia ni boleh order ke spare part kereta tu....kalau boleh, macam mana..

Izhal said...

shami,
terima kasih... tak sabar nak berterawih beramai-ramai ni :) heheh...

boleh order, tapi kena order satu kontena la... harga satu kontena RM60K dari Hamamatsu sampai ke pelabuhan kelang... kalau berminat bolehlah e-mail saya, nanti saya bagi nombor talipon En. Nazeer...

leeza,
terima kasih, selamat berpuasa kepada saudari juga :)
tentang cara mereka beribadat saya memang tak tahu langsung... public washroom di sini free dan bersih... memang mengejutkan saya heheh...

bimmer_man,
heheh tq, taraklah tuan... masa tu tengah tunggu brader kedai potong, so tumpang berteduh le kat tokong jepun... datang pulak idea nak buat blog entry heheh...

lan rambai,
hari ni baru buka masjid tu, saya tak sempat nak pi jadi solat zuhur sorang2 saja... ada link masjid hamamatsu kat bahagian link M-Files saya tu kalau teringin nak tengok... depa kata boleh muat 100 jemaah...

bard cibam cibam agak nakal tapi baik,
alaaa... jalan nak pi imigrsen haritu tapi terus lagi sampai jumpa 7-11... sampai je sana tanya orang 7-11, Insya-Allah depa tahu... Roynet punya parking canggih wooooo... pertama kali aku nengok parking cam ni... semalam makan kat farewll party, harini makan ngan ko kat saizeriya neee... see you tomorow :)

juwaidah,
tak dan nak pi pun, solat zuhur ngan kadok subuh je kat lab... ada graduation ceremony le tadi...

sherin almashor,
thank you :) we also wish that your family have a great and productive ramadhan neee :)

THANKS FOR READING HAMAMATSU-NOW!!!
-izhal abdul halin-

Anonymous said...

http://nurafzalhakim.fotopages.com/ jemput tgk