Thursday, June 15, 2006

Longkang Hamamatsu :)

Longkang di sekitar Hamamatsu rekabentuknya sama sahaja seperti di Malaysia. Dibuat dari simen dan mengelilingi bangunan seperti rumah, sekolah dan kedai... Yang seronoknya longkang Hamamatsu tak ada bawa bau yang busuk dan rupa yang buruk...


longkang sumiyoshi...

Kenapa agaknya tak busuk? Sebab tak ada sampah... Kenapa pula tak ada sampah? Sebab orang Hamamatsu buang sampah di tempat yang patut... Kenapa depa buang di tempat yang patut? Sebab depa pembersih... Kenapa depa pembersih? Sebab tuntutan kerajaan Jepun... heheh...


bunga longkang...

Walaupun kecil dan comel, longkang2 ini dapat mengelakkan dari banjir di waktu hujan. Ya, sini kalau hujan emas turun pasti sehari dua tanpa berhenti... Ada juga di musim tengkujuh turun samapi seminggu terus-menerus...Waktu itulah longkang2 ini berguna. Tapi kalau penuh dengan sampah tak berguna juga sebab tersumbat... Nasib baiklah depa ni jaga longkang negara depa dengan baik sekali...


dari longkang rumah ke longkang Hamamatsu...

Tidak seperti dongeng cerita ninja turtles yang kura2 mutant tinggal dalam longkang2 besar... Tak di sini, sebab tak ada bahan buangan berminyak apatah lagi radioaktif untuk mewujudkan makhluk2 pelik tu...


penutup longkang dari besi...

penutup longkang dari simen...

Orang2 sini pula memang menjaga longkang dengan sebaik mungkin.. Ada yang menutup longkang tepi rumah mereka dengan bunga-bungaan... Ada yang tutup dengan menyusun batu2 besar... Biar tersorok longkang tapi lancar pengaliran airnya... Petang2 makcik2 yang duduk2 di tembok2 sambil bersembang2 tak berhenti juga bongkok2 untuk periksa longkang2 mereka...


longkang berbunga...

longkang research insitute of electronics...

Apakah khasiatnya ada longkang bersih??? Memang banyak sekali... Orang2 Hamamatsu tak tahu rupa tikus macamana, mereka tak diganggu sakit yang dibawa dek nyamuk macam denggi dan malaria, mereka tak terkacau dengan bau busuk,mereka tidak ditenggelami banjir kilat dan macam2 lagi khasiatnya... Kenapa saya buat posting pasal longkang? Sebab dari kecil sampai sekarang saya nampak longkang dan masih duduk2 ditepi longkang... Longkang2 di bangi hanya boleh ditandingi oleh longkang2 di Hamamatsu ku ini :)

-cintailah sungai dan LONGKANG kita-

10 comments:

simah said...

hahaha i can trust u to come up with something original..pasal longkang pon boleh jadi topik kat blog...memang longkang kalau bersih sedap mata memandang :0)

Unknown said...

Pokok pangkalnya sikap kita. Bagus org2 Jepun ni yer...bersih sungguh longkang tempat mereka.

Izhal said...

simah,
original? heheh.. thanks...sedap tak mata you memandang???

yus,
ya maka cintailah longkang kita supaya kita boleh kalahkan sekurang2nya longkang jepun heheh...

Anonymous said...

izhal ni betul2 pemerhati setia.. :-) last year bila my japanese frenz dtg malaysia, segan gak ngan diaorg biler diaorg tgk bandarya tercinta kita.. kat KL Sentral tu pun sampah sarap menyakitkan mata.. Dah tgk camana their school kids g sekolah.. jln kaki ramai2 camana?? mmg budak2 kita tak leh challenge ler...
p/s:balik Bangi nanti, pinjam faiq yg kiut tu yer..

Lan Rambai said...

Kat KL ni pekerja DBKL jadikan longkang tempat longgokan daun yang disembur guna mesin penyembur tu... nampak luaran bersih.. bila ujan lebat 1/2 jam je banjir kilat.. haruuuuuuu

blackpurple @ jowopinter said...

Longkang kita tempat buang sampah....Kalau letak iron grating pun siap kena curik ....

Kaklong Syikin said...

kreatif depa mencantikkan area longkang..geram pulak ngan bunga2 cantik merah menawan tu.

huhu..kalau kat tmn sri gombak punya pasar, belakangnya tu ada longkang..malam2 segala tok nenek tikus besar2 lengan keluar..terserempak masa p pasar malam dulu. kita yg takut.


syukurnya, longkang area rmh saya mmg bersih sebab kontraktor rajin antor pekerja bersihkan longkang dan kami pun buang sampah tpt yg sepatutnya.

Literature Sushi said...

Dulu kat Penang ada satu gerai kuetiau goreng yg sedap luar biasa, terletak di tepi sebuah longkang besar (monsoon drain).. tak tau le sedap sebab memang sedap atau sebab 'aroma' yg datang dari longkang besar berkenaan he..he..

aNIe said...

Seronok tengok kawasan yang bersih dan cantik mata memandang...

Kat sini kadang-kadang masyarakatnya sukar untuk dididik...dulu masa kak lady bersekolah lagi kami memang dilarang membuang sampah merata-rata...sebab tulah sampai sekarang kalau makan gula-gula pun sampulnya simpan dlm beg...

Kak lady kadang jadi heran...pada orang yang suka-suka buang sampah dari tingkap kereta...kalau semua orang bersikap camtu agaknya camaner lah nantinya jadi bumi kita ni...

Izhal said...

miyuu,
aiseh,segan juga macam tu ye... tapi ada juga benda yang kita boleh bangga :) depan rumah saya ada sekolah... nanti bolehlah saya tulis blog cara2 depa pi sekolah pula... arigato bagi idea :)

lan rambai,
hahahaha... macam tu rupanya nak buat banjir kilat... ingatkan susah sangat... heheh :D

blackpurple,
mmmm... apa kata suruh depa letak tong sampah besar2 dekat longkang dan tukar grating ke simen...

syikin,
apa nak jadi orang2 taman sri gombak... tapi area rumah Puan bagus betul bunyinya... silap2 orang2 jepun bertopengkan melayu situ heheh... oh tidak, melayu memang bagus :D

Raiedzall,
Sudah tentu tukang masaknya yang pandai heheh... tapi aroma juga memainkan peranan dalam rasa sesuatu makanan ye... :D dah makin comel tag picture Tuan :D

kak lady,
dah jadi perangai orang Hamamatsulah kak lady ni... simpan sampah sampai jumpa tong sampah... syabas :D
yang buang sampah dari kereta tu patut dihukum gantung mandatori... gantung dari naik kereta saja :) atau gantung lesen pemandunya... heheh :D

THANK YOU FOR READING HAMAMATSU NOW!!! ENJOYED YOUR COMMENTS :)
-Izhal Abdul Halin-