Sunday, March 12, 2006

Kejayaan Seorang Perantau...

Hari ini kami meraikan seorang pelajar Shizuoka Universiti yang telah berjaya menamatkan pengajian beliau dan akan pulang ke tanah air pada 25 March 2006. Dengan izin Allah, beliau telah memperolehi Ijazah Kejuruteraan Elektronik. Beliau juga telah menyumbangkan kepada ahli kumpulan peranti semikonduktur sedunia dengan penemuan baru beliau tentang perangai lompatan elektron dari pulau ke pulau dalam sesebuat peranti satu elektron.


pokok bunga sakura di tepi tingkap sudah mula berputik...

spring cleaned house...

uncle Salzy berbincang ekonomi dengan Faiq...

Tetamu pertama, En. Sazly tiba pukul 5.30pm. Beliau bawak apple. Oleh kerana keseorangan, terpaksalah En. Sazly melayan Faiq... hehehe... Dalam pukul 6pm tetamu terhormat En. Suffian tiba bersama En. Fendi. Menu, mee goreng superb Puan Fara dan satu pudding yang teramat sedap disediakan oleh En. Fendi... Lewat malam sedikit En. Suhaidi dan Pn. Lynn yang bakal melahirkan cahaya mata pertama 11 Mei tahun ini tiba...


perantau yang berjaya...


rezeki, Alhamdulillah...

gambar rasmi...

Namun begitu tetamu terhormat terpaksa berundur pada pukul 9pm kerana beliau bekerja di sebuah kedai runcit. Inilah kali terakhir beliau akan ke sana sebelum meletakkan jawatannya sebagai penjaga kedai runcit. Walaupun esok En. Suffian tidak lagi mempunyai kerja, namun sejurus setelah menjejakkan kaki di tanah air, beliau akan berkhidmat untuk NEC sebagai seorang jurutera dan saya percaya beliau akan berjaya dalam kerjayanya...


ninjaku sayang...

TAHNIAH PYAN!!!!

2 comments:

juwaidah said...

Aku pun baru balik drp tolong sorang 'Dr.' baru masukkan barang dalam kontena. Dia akan balik Msia Rabu depan. Seronok sungguh bila tengok orang dah berjaya ni! I cannot wait to be in their shoes!!

Izhal said...

Ju,

Syok la dia. Kita ni entah bilalah nak habis belajo... Member aku ni student undergrad tapi reseacrh dia macam student PhD tuuu...

Thank you for visiting Hamamatsu-Now
-izhal and family-