Saturday, March 11, 2006

Saman Trafik di Hamamatsu!!!

Ahamdulillah saya kena saman!!! Hujan renyai2 time tu. Ada la satu kereta polis dok depan kereta saya. So kita pun berhati2 gila bawak kereta ni. Hendak dijadikan cerita, ada satu trafic light yang menarik pemandangan dia. Trafic light tu untuk orang melintas jalan kaki. Dia tak ada color hijau. Yang ada kelip2 kuning dan merah.


pemandangan dari dalam kereta polis...

Jadi kereta polis depan saya ni jalan lepas trafic light tersebut. Kereta saya dalam 4-5 saat belakang dan kami bergerak teramatlah slownya pasal 50m lepas trafic light tu ada satu trafic light simpang 3 jalan besar. Time saya nak lalu ada nampak orang yang kita kenal kat tepi jalan dan tak perasanlah lampu sudah berukar menjadi merah menyala... Terus lip lap la lampu atas bumbung kereta polis depan tu. Gabrar jap...


pemandangan dari kereta pesalah...

Tapi bila polis tu turun dan baik gila serta bersopan santun di jalan raya, gabrar pon hilang dan tahu duit pun bakal melayang. Dia ajak masuk kereta dia pasal dia nak saman. Nasib baik hujan, kalo tak hujan terpacak tepi jalan sambil kena saman dan sure malu besar punya orang lalu lalang usha. Mula2 dia keluarkan entah apa gadget dari seat belakang. Ingatkan dia nak buat ujian pemandu mabuk. Rupanya tidak. Dia nak buat ruang yang selesa dan kemas supaya saya dan En.Fendi boleh masuk duduk besama2 mereka... Yeay!!! Alhamdulillah, time tu En. Fendi ada sekali jadi dia tukang translatelah. Tapi last2 kena saman 9000yen dan kena potong 2 point dari point drivers lesen saya... Yang syoknya pengalaman ni tak ngeri langsung pasal polis dia baik2 belaka. Tapi kita geramlah duit melayang 9000yen dan kena pi post opis untuk bayar. Memang saya nak pi post opis pon, alang-alang menyeluk pekasam la kata orang... Saya ada hati mintak diskaun. Dengan baik dia kata tak boleh mintak diskaun dan kalau setahun takde problem, dapat balik 2 point tu. La ni duit melayang dan plet kereta saya jadi SKS 9000 (Sudah Kena Saman 9000yen)... On the bright side saya dapat ambil gambar dari dalam kereta polis... hahahahhaa... Alhamdulillah...


surat bayaran saman...


Dah habis berhati2 pon boleh slack... Human error... Nasib baik 9000yen saja, jumlah yang biasa buat groceries seminggu dan bukan 90,000yen, jumlah bayar sewa rumah dan semua bil2... Heran satu bendalah polis sini, takde pon pakai sticker 'Watashi Anti Rasuah'... Jadi lepas ni saya nasihatkan semua termasuklah diri saya ini supaya berhati2 di jalan raya, bertawakal jangan lupa ya... Alhamdulillah semuanya selamat...

I recommend polis malaysia mai training kat Hamamatsu NOW!!!

10 comments:

tenma tsukamoto said...

wah, kena saman! brutal sgt driver dari malaysia ni hehe..

i selalu gak kena stop by police traffic speeding from ipoh-kl dulu2. :D nasib baik i'm a young lady - they usually let me go without fine, hehe

juwaidah said...

hel eleh.. tengah2 kena saman pun, ada masa nak amik gambar?

ijad said...

hahahah kesian la kena saman..tapi takpe, pengalaman duit melayang di tangan polis jepun hehehe

ken said...

Kesian..patut KL manjang mendung jer ;-)

agus said...

Wah, bugger! 9000 yen boleh beli apa kat sana ek? Tak dapat nak imagine value tu. Tapi nasib baik ada translator, ortherwise very sticky woooo. but i doubt it's that bad lah...

Izhal said...

tsukamoto-san,
if only i were a woman...

juwaidah,
dah akubercita2 nak jadi best mobile phone camera photographer...

ijad,
iye la... dapat topic nak tulis blog... ehehe...

ken,
nanti depa dah training kat Hamamatsu Now, akan cerahlah kotaraya KL...

agus,
yep bugger... but that was my mistake and that was the price i had to pay. nasib baik aku pakai seat belt time tu... 9000yen tu ok, tapi dia potong 2 point dari driving license credit aku tu yang aku tak syok sikit... 9000yen=RMRM270

Thank you all for commenting at Hamamatsu Now...
-Management of Hamamatsu Now-

Sherin Almashor said...

hehehe..Polis kata apa bila u ambil gambar? Patut ambil gambar polis sekali.Beritahu dia yang dia polis contoh! hehehe :)

Izhal said...

SHerin, depa tak kata apa2 pon... :)

Anonymous said...

OUCH!!!

Azli

Izhal said...

Yep, itaii, itaii, itaii (ouch ouch ouch)