Wednesday, March 15, 2006

Tolong doakan...

Tengah saya di lab Puan Fara telefon. Lain macam kali ni... Adik ipar saya kemalangan jalan raya di Johor lebih kurang jam 10.30pm. Dia bekerja di KTMB di sana. Dia dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu menunggang motor. Langgar lari. Nasib baik ada hamba Allah berhenti tolong panggilkan ambulans... Bagus tindakan rakyat Malaysia Johor ini...


Keadaan sebenar belum tahu. Hanya tahu dia cedera di bahu dan belakang serta tidak sedarkan diri. Ibu bapa Puan Fara dan isteri adik ipar saya yang sedang mengandung anak ke-2 dalam perjalanan ke Johor malam ini juga. Adik perempuan Puan Fara yang bongsu juga turut serta...

Kami disini cemas dan bersabar... Sesiapa yang terbaca entry ini tak kira agama apa tolong doakan keselamatan dia...

"Ya Allah ya tuhanku, selamatkanlah Khairil Farid dunia akhirat, Amin-amin yarabbal al-amin"

-izhal-

UPDATE 12.15PM waktu Malaysia
1. Sudah sedar, Alhamdulillah
2. Tulang rusuk patah 2
3. Tulang bahu patah
4. Left side of the body bercalar2
5. Darah menitis dari telinga bila dia duduk
6. Will undergo surgery sometime soon
-thank you all for the well wishes-

UPDATE 3.14PM waktu Malaysia
1.Fully sedar thanks to all of your prayers, Alhamdulillah
2.Blood coming out of left ear when he sits down
3.Cannot stand up long because balance is disrupted
4.Have not x-rayed the legs yet
5.No surgery will be done

-thanks for checking up-

UPDATE 7.19PM waktu Malaysia
1. Removed blood clot not sure from where
2. X-ray kaki tak buat lagi
3. Detail check up on left ear tak buat lagi

-risau tak risau-

16 Comments:

Blogger Sherin Almashor said...

InsyaAllah, selamat. Ya, saya doakan. Do update us.

8:13 AM  
Blogger dr in the house said...

insyallah, semoga Allah swt selamatkan Khairil Farid.

8:45 AM  
Anonymous azli said...

Insyaallah, my prayers is with Khairil Farid...
Do keep us updated..

9:57 AM  
Anonymous easylady said...

Semoga Allah melindungi Khairil Farid.Amin.

11:57 AM  
Blogger Fretsurfer said...

This comment has been removed by a blog administrator.

12:14 PM  
Blogger Fretsurfer said...

bad week for good people.

Kami doakan keselamatan dan kesejahteraan adik Fara. Harap2 nya keadaan nya baik.

12:18 PM  
Anonymous wan said...

Takziah dari kami sekeluarga. Moga semuanya selamat dan cepat sembuh. amin

1:27 PM  
Blogger agus said...

We all pray for the best. Sad and shockingly depressing news. Thank God for the updates. Let's hope they get better.

3:09 PM  
Blogger Ikelah said...

semoga selamat, insya Allah.

sudah sedar=bagus

tulang rusuk patah=make sure stable dan bukan dekat spleen

tulang bahu patah=no problem boleh usahakan

left side of body calar=acceptable

darah menitis dari telinga=kalau dari dalam telinga kena rule out base of skull fracture(ini bahaya). kalau tympanic membrane tak urgent.

insyaAlah doc di situ menjalankan kewajipan mereka dengan baik.

4:58 PM  
Blogger Ms.B said...

Insya'Allah, God will protect him. Praying for the best.

6:47 PM  
Blogger Sherin Almashor said...

I'm glad that he's conscious.
It'll take some time to recover.
At least he is in good hands.
Hang in there.

10:37 PM  
Blogger Fretsurfer said...

Alhamdulillah. Praying for a speedy recovery.

1:11 AM  
Blogger NBB said...

darah menitik dari telinga tu, yang suspen sikit, hopefully something superficial.

semoga cepat sembuh. am praying.

2:10 AM  
Blogger juwaidah said...

Sad to hear the news. Kirim salam pada Fara. Hope she's coping there with you by her side. I know how it feels to be far from your family when things like this happens.

3:01 AM  
Blogger Edoras said...

Darah menitik dari telinga shows something serious. Minta dia buat full check up. Hopefully not internal bleeding.
Saya doakan semoga selamat dan cepat sembuh..Amin...

11:25 AM  
Blogger Izhal said...

Terima Kasih Semua atas doa-doa anda. Kami disini masih cemas tapi kurang sedikit terutama selepas mendapat doa yang banyak dari saudara-saudari semua...

-izhal,fara,faiq,izz farish-

1:16 PM  

Post a Comment

<< Home