Thursday, February 09, 2006

Adventure at Mount Fuji 2006

Rancangan ke gunung Fuji hari ini bermula tepat jam 8 pagi seperti yang aku canag-canangkan semalam. Waktu itu Puan Fara sudah bangun dan bersiap-siap tapi aku masih dibuai mimpi sampailah pukul 11 pagi. Jadi kami sekeluarga akhirmnya bertolak tepat jam 1 tengah hari. Tapi yang penting, rancangan bermula tepat 8 pagi. Aku fikir apa nak risau sebab gunung Fuji terletak hanya 2 jam dari rumah kami di Hamamatsu ini. Lagipun ini kali ke-3 kami nak pi sana... Kali pertama tahun 2004 di musim luruh. Kali kedua tahun 2005 di akhir musim dingin... Silap sungguh sangkaan aku supaya tak risau... Niat kami untuk membawa adik bermain salji di gunung Fuji pada hari ini terbukti penuh dengan debaran, kejutan, persahabtan dan akhirnya kegembiraan...

Di awal perjalanan semua orang seronok dalam kereta. Klik sana klik sini ambil gambar. Untuk sampai ke gunung Fuji kami melalui tempat2 yang indah bagai syurga di dunia. Kami melalui ladang2 teh di Shizuoka, sungai2 cantik di merata tempat, persisiran pantai dan kampung nelayan di Shimizu dan 4 terowong. Bila dah bosan klik2 gambar, aku pun terus memecut agar cepat sampai. Tiba di exit 9 Fuji aku membayar tol berjumlah 2900yen. Kemudian kami menaiki satu lagi jalan yang membawa kami sekeluarga ke tapak gunung tersebut...

makin lajuuuu... nak tengok Fuji-san!!!
Fuji-san dari hi-way tepi laut...
Tol Fuji...
Perjalanan kami mendaki gungung Fuji dengan kereta bermula jam 2.30pm dari tapaknya. Pemandangan indah. Suhu ditapaknya pada hari ini adalah 7.5 darjah celcius. Jalan ke tempat main salji adalah sejauh kira-kira 33km dan ianya berlingkar2 mendakap pinggang timur gunung tersebut. Makin tinggi kami mendaki, makin sejuk suhunya tapi salji belum nampak lagi di atas jalan... Nanti adik frust pulak... Cuaca pulak terang benderang, mungkinkah memang tak ada salji???

Tiba-tiba aku menjerit keseronokkan pasal dah nampak sisa-sisa salji dibahu jalan. Sepatutnya cukup sekadaraku bersyukur sahaja dalam hati... Makin tinggi makin banyak salji tapi tiba-tiba jalan bertukar menjadi ais!!! Kereta aku mula susah dikawal. Lampu penderia 'tyre traction system' mula menyala2. Sudah... Akhirnya kami tersadai pada satu kawasan atas jalan yang sudah jadi ais. Puan Fara terus suruh aku telefon Ikhwan Abdullah kawan kami berbangsa jepun di Hamamatsu. Dia terus mintak koordinat GPS aku... Aku tak tau... Ada orang lalu lalang pakai snow tyres buat dont know. Ada yang berhenti dan tolong aku call bantuan jalan. Dia kata 4 jam bantuan akan datang, harganya 15,000yen dan dia beralalu. Nama insan tersebut En. Abe dan dia fasih berbahasa Inggeris. Aku pikir mati sejuk la kita kat sini... Hati aku berdebar2. Kereta hampir melintang menghalang jalan. Aku tak boleh buat apa2 pasal takut kereta menggelungsur ke dalam gaung atau bercalar atau kemek atau... Memang berdebar2 dada aku masa tu...
sikit-sikit jadi kawan, banyak sangat jadi lawan... tragedi tersadai di gunung Fuji
Tiba-tiba satu van honda datang dan berhenti. Time tu Ikhwan call lagi dan kali ini insan dalam van tersebut ada GPS. Dia bagi koordinat dan Ikhwan kata bantuan on the way!!! Alhamduillah. Tapi insan tersebut tak sanggup aku ditinggalkan di situ bersama keluargaku. Aku tak faham apa dia kata, dia pon tak faham apa aku kata tapi kami saling bersefahaman. Dia minta izin nak pandu kereta aku. Dengan izin Allah, dia boleh bawak kereta tu dan terselamat aku dari bayar duit bantuan sebanyak 15,000 yen. Bukan setakat tu, dia bawak kereta aku sampai ke tempat yang memang selamat dan suruh aku main snow area ni sahaja. Aku mengekori kereta aku dengan memandu van dia. Aku rasa dia ni seorang bapa yang penyayang pasal dalam kereta dia penuh barang anak2 dia seperti stroller dan permainan. Nama insan tersbut kalau tak silap aku adalah Matsuda.
Orang mulia di gunung Fuji (bukan aku, yang pakai spek tuuu...)
Faiq suka betul dapat main papan gelonsor dia. Papan gelongsor ini kami beli di gunung Fuji tahun lepas. Kami beli di tempat yang hendak kami tujui hari ini tapi tak kesampaiaan. Ada satu kedai saja disitui jadi harga papan gelunsur plastik ni dia tekan cukup2. Aku rasa kalau kat Hamamatsu, mau dalam 500yen je boleh dapat, tapi kat gunung Fuji, 1500yen baru dapat. Aku ingat nak kena bawak balik bangi la sebab mahal dan susah nak dapat. Kena pi gunung baru dapat... Izz Farish pun main sampai terjatuh atas batu dan lebam serta calar muka sikit... Jakun betul kami dengan salji... En. Ikhwan telefon lagi dan tolong cancelkan bantuan yang bakal datang. Bersungguh-sungguh hatinya ingin kami selamat... Tapi sedang seronok kami bermain, ternampak bantuan tersebut melintas di jalan berdekatan...
dari gelungsur atas permaidani, baik gelungsur atas salji...
dari gelunsur sorang2, baik gelungsur dengan anak2...
Abang, adik... ini bukti aku sayang korang...
Ini pun bukti kukuh mami sayang korang...
Semua ciptaan Allah...
Original plan aku adalah untuk main salji di satu kawasan tinggi dan turun disebelah sana gunung untuk ke bandar Gotenba. Gotenba ada daya penarik factory outlet... Tapi Matsuda-san menasihati aku walaupun aku tak faham 100% tapi aku faham maksudnya, supaya kami sekeluarga main salji di tempat selamat ini sahaja. Selepas itu baliklah ikut jalan yang kami datang... Aku dengar nasihat dia hampir semua. Hanya lepas main salji kami tak terus balik tapi melencong ke bandar Gotemba untuk makan malam...
ini bukti korang dulu2 tak boleh duduk diam2... (Gotemba)
Gotemba Factory Outlet masa dah nak tutup...
aku dan dia di Gotemba
Abang baru bangun dan sejuk di Gotemba... Dalam sebuah kedai di Gotemba
Lepas makan kami ada dalam 15 minit sahaja sebelum kompleks factory outlet Gotemba tutup. Jadi kami pon posing sana-sini. En. Ikhwan telefon lagi untuk mengetahui perkembangan kami. Dia gembira kerana kami sudah selamat... Ingatkan lepas ni terus balik tapi tidak... Yang Maha Esa mentakdirkan sesuatu. Di tempat parking kereta aku sempat mengisap sebatang rokok. Waktu itu datanglah 4 orang gadis Jepun selepas membeli-belah... Kenderaan mereka diletakkan sangat berhampiran kenderaan aku... Mereka menaiki kenderaan mereka dan beredar, tetapi... Beg duit salah seorang awek tu tercicir maaa... Ada kat aku la ni... Jadi esok lusa nak tutup kes Fuji ni dengan bawak beg duit dia pi Balai Polis Hamamatsu... En. Matsuda berbudi kita berbahasa...

parut2 main gelungsur salji di gunung Fuji, tapi adik seronok...

Akhir kata, terima kasih banyak2 En. Matsuda kerana tidak membiarkan kami disitu. Entah bila lagi ada jodoh kita bertemu. Tak lupa, Ikhwan-san... Hontoni Arigatogozaimashita... Anda betul2 jaga kami macam keluarga sendiri. Maaf kerana menggangu kerjaanda hari ini, terima kasih kerana bertanya khabar...


Korang doakan kitaorang selamat ye??? Alhamdulillah...

6 Comments:

Blogger juwaidah said...

Seronok tengok anak2 ko main snow. Anak2 aku kat sini kempunan nak main snow sbb sikit sangat yg turun - not like when we were in US masa study dulu..

Anywayz.. glad to see that you all selamat balik ke rumah..

2:51 AM  
Blogger Izhal said...

aku pun takde salji, tu yang kena panjat gunung tu...

4:05 PM  
Blogger nyonya glenmarie said...

alhamdulillah semuanya selamat. bahaya juga eh salji ni ya

5:11 PM  
Anonymous suhaimi said...

bro..thanks for adding my page into ur list..tqvm..

neway gambaq sini lagi byk..lagi best..:)

keep on blogging bro..tapi saya malas skit membaca nih..baca skit2 saja..ekek :D

but bro..dun expect too much..coz baru lagi belajaq..

n again tqvm bro..

do keep in touch :)

1:14 AM  
Blogger Izhal said...

elo suhaimi, tq for the comments... aku selalu tak tulis panjang pon saja je harini rajin lebih...

gambar kilat jangan lupa amik tuan...

2:27 AM  
Anonymous Psych said...

Looks like lama aku tak masuk, banyak pulak cerita interesting lam blog ko ni. I'm glad everything turned out okay for you and the family.

Sometimes it doesn't take much for you to remember someone for the rest of your life. The smallest thing can turn out to be the greatest thing in the eyes of the person you lend a hand to.

Matsuda-san, Arigatogozaimasu! for helping watashi no tomodachi and his family.

3:12 PM  

Post a Comment

<< Home