Thursday, February 02, 2006

Hantu, caught on camera!!!


Hujan...

Hari ini cuaca muram. Sejuk... dingin... Faiq pula dah mula takut2. Orang tua2 kata budak2 ni matanya cerah. Boleh nampak benda2 ghaib...Masa aku mula2 kenal Faiq dulu dan bawak dia ke Hamamatsu, mata dia memang cerah. Masa tu kami duduk apartment university housing dan umur dia dalam lingkungan setahun lebih. Waktu malam kadang2 dia suka gelak sambil mata dia melilau kat dinding. Kadang2 ke kiri, kadang2 ke kanan dia tengok dinding sambil gelak terbahak-bahak. Macam ada orang acah dia... Seram Puan Fara masa tu, tambah lagi kalau aku balik lewat malam... Itu cerita lama...


faiq takut...

faiq tengok sudut takut...

Semalam dia tiba-tiba menjerit. Takut!!! takuuuu!!! sambil pejam mata... Kadang2 dia bukak dan pandang kat dinding pada 2 sudut dalam bilik... Aku pun mula buat eksperimen nak tahu apa benda dia takut sangat ni. Dengan setting yang special pada kamera handphone aku, aku pon snap kat dua sudut yang Faiq takut sangat... terkejut aku dapat gambar2 ni...

Hantu Hamamatsu...

Jepun ni adalah satu negara yang memang keras. Banyak cerita2 orang tua jepun pasal hantu... Aku sambil menaip blog ni pon naik bulu roma... Tapi sebenarnya gambar yang aku snap adalah hantu yang baik... Bila di proses gambar yang aku snap, rupa hantu tu macam ni je...


Acah aje... Hello... Ahhh... Malasnya nak pi skolah...

Tapi seriously, apa pasal budak2 ni kadang2 perangai macam ni??? Tapi dari perspecktif penggambaran amatur, 'the negative effect' dan 'gama correction' boleh buat sesuatu gambar biasa nampak lain... Lain betul rupa sesuatu gambar kalau kita tengok secara negative ye...


Who you gonna call??? Ghost Busters!!!

3 comments:

Psych said...

Aku dah agak dah ko nak ambik gambar hantu ponteng sekolah masa aku baca tajuk blog engko ni. Nasib baik bukan hantu lungguk kat taman tu ha. Tapi apa-apa benda pun ko tengok secara negative memang la tak bagus. hahahah. Termasuklah hantu longgok kat taman tu. Suluh-suluh tengok-tengok laki bini. hehehehe. kat rumah tak syok, budak-budak kacau, so gi taman. kat taman lak, JAWI lak kacau. potoi....

Izhal said...

amacam shahril??? jadi tak hantu aku???

Psych said...

Dude, kalau tak pakai negative pun ada rupa hantu. hahahahahaha