Wednesday, February 01, 2006

Oya-san

Ni gambar tuan rumah kami. Dia pencen dari kerja music conductor dulu dan dia pandai cakap english. Tak ramai kat jepun ni yang boleh cakap english. Tapi yang syoknya depa maju jugak. Hari-hari kerja dia jalan kaki untuk ambil angin. Dia ni kira loaded tak ingat. Anak dia doktor. Kereta dia mercedez benz, tapi dia tak pernah bawak. Dia bagi isteri dia pakai. Hobi dia pi jalan kat Bali. Masa Aichi Expo baru2 ni pon dia pi cari booth Bali... Tuan rumah sini kita panggil Oya-san, tapi sebab dia bekas music conductor, kami panggil dia Sensei (Tuan Guru)...


Oya-san...
rumah oya-san dari balcony kami...

Ini pulak gambar rumah dia. Rumah dia kat belakang apartment kami sewa ni saja. Time bayaq bil ayaq dia akan datang dan baca meter. Tu je kot kerja dia... Kat area Sumyoshi ni dia ada 4 blcok apartment. 2 block sewa seunit adalah 65,000yen (RM2000+). Block kami ada 6 unit. Block oren depan tu ada 12 unit kot. Apartment tepi lagi satu mungkin sewa dia dalam 60,000yen dan ada 6 unit. Block keempat dia ada 6 unit dansatu unit mesti dalam lingkungan 50,000yen. Syok pak cik bila time sewa masuk. Semua block apartment dia keliling rumah dia...

dah la kaya, melepak pula...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home