Monday, February 06, 2006

Study Blues: The MALAS Blcok

Sewaktu sesorang bertapa akan ada waktu diganggu. Di zaman akhir zaman macam ni orang2 yang bertapa di univrsiti tak terkecuali dengan gangguan2 ini. Aku la ni digannggu... Aku dah kena satu blockade... The MALAS block... nak update blog ni pon malas, tapi malas2 pon mestilah malas berdisiplin!!!!!!!!!!!!!!


jag air malas... tangan pemonteng sekolah...

'Malas block' ni membuat kita rasa malas sangat nak buat apa2. Punca-punca malas block ni banyak sekali. Contohnya, bila tuan guru tiada, tidur terlalu lewat, cuaca sejuk, kerja yang sama dah diulang ratusan kali, takde kerja baru nak dibuat, rancangan tv syok2, cuaca sayu dan lain2 lagi... Tapi yang selamatnya, malas block ni tak berlertan lama. Paling lama pon dalam masa 2-3 hari je. Biasanya ia bermula lepas kita bercuti. Itulah sebab the malas block ni juga terkena pada orang2 bekerja pada hari Isnin...

Macamana aku boleh mampu jadi teramat malas harini??? Senang saja,kerja aku banyak sangat dah siap... Betul cakap member aku sorang pasal sikap malas. Aku permudahkan apa dia kata,"Ko kena mampu untuk malas kalo tak baik jadi rajin..." sebab aku malas nak cari link betul dia. Lagipun link dia ada kat tepi tu bawah Shahril Azwin's mind. Article dia pasal malas aku tak jumpa dah dan malas nak cari. Kalo korang rajin pi lah baca sendiri...


ikan bakar...

Oleh kerana aku dah kena the malas block, aku hanya mampu termenung dan berfikir apa nak buat esok. Sambil tu aku bermalas-malasan dan berpeleseran di rumah. Sat lagi aku akan rajin sikit nak keluar jalan2. Haih malasnya... Betul ke jepun ni negara orang2 rajin??? Malas aku nak jawab sebab depa dah rajin dari zaman dulu lagi... La ni orang2 jepun dah penat. Depa dok opis sampai malam tu banyak aku tengok main2 je, bila meeting dah dekat barulah rajin... Tapi depa ni berdisiplin, satu benda yang mesti ada pada pemalas atau perajin yang tak mau jadi pengalah...


aaaaaa...

Punca aku kena malas blcok harini adalah sebab semalam tidur lewat sangat dan cuaca harini sayuuuuu sejuuuukkk... Sambil aku menulis blog yang malas ni aku masuk berita harian online. Bahagian teknologi ada satu company nak jual Zen Vision satu benda multimedia station bersaiz kocek. Yang buat aku malas lagi tengok benda ni adalah ianya takada digital camera eatures serta yang membuat aku paling malas adalah harganya RM1200+... Malas betul aku dengan benda2 mahal ni...


product ni jangan dijual kepada orang2 yang sedang dilanda malas block

Kalau ada typing error harap faham, harini aku malas...

2 comments:

nyonya glenmarie said...

lazy geniuses. oh, jeles gue kat org belajar tinggi2 nih

-tenma-('school rumble' lah. anime. bukan nama china :P)

Izhal said...

ooo ye ke... abih tu nyonya la mer tu anime jugak ke???