Saturday, February 18, 2006

Adengan yang tak ingin kita lihat

Harini hari kedua aku menjadi kuli. Tapi nampak macam dah tak lama lagi tak payah dah nak jadi kuli pasal raja-raja sakit semuanya semakin 'genki'... Sebagai kuli, harini aku vacuum rumah, mandikan Raja Faiq, urut Tengku Fara dan gurindamkan Tuanku Izz Farish... Sampai waktu tengah hari aku sendiri rasa nak gulingkan kerajaan depa yang sakit ni sebab malas betul aku nak menyediakan santapan mereka pulak... Tapi tak sampai hati... heheh...


permaisuri

Jadi aku bawaklah kerabat2 ni semua makan kat luar... Patik yang hina makan steak, Tengku Faiq makan pizza dan Toh Puan Fara makan speghetti. Tuanku Izz Farish macam biasalah, apa bonda dia kunyah dan suapkan, dia santap dengan seronoknya. Tengah seronok makan, tiba2 Tengku Faiq muntah kat restoran tu.... uweeeek uweeeek uweeek... Habis meja makan kami. Makcik-makcik yang makan kat meja sebelah buat dont know aje... Nasib baik, kalau depa geli dan mula muntah sekali sure masuk buletin utama Hamamatsu malam ni...


raja lelaki

Sebagai kuli aku pun bawak Tengku Faiq masuk tandas. Bila dah selesai menyiram baginda, tengok meja pun dah bersih. Ahli istana restoran saizeriyatolong bersihkan selepas dikerah dengan hanya aksi memicit locng oleh Toh Puan Fara. Itu yang syok dok Hamamatsu ni, customer servis tip top dalam dunia. Walaupun kena cuci muntah budak, they will do it with a smile. Di barat ada pepatah perniagaan "Customer is always right". Di Jepun ada juga tapi lagi hebat,"Customer is God". Oleh kerana itu, peniaga memang hormat habis pelanggan. Tapi mereka salah anggap tu, kalau God mana boleh muntah... heheh...


balai penghadapan...

Untuk memastikan semua cepat sembuh dan kuman diraja tak datang menghinggap lagi, aku beli kambing sikit tadi. Malam ni nak buat sup kambing berempah mereneh cili padi. Akan aku buat sepekat-pekatnya. Orang kata makanan ni ubat. Ubat ke idak aku tau sedap... Lepas pekene resepi ni Insya-Allah tahap kesihatan aku dan mereka akan serupa. Bila dah serupa tahap kesihatan, tak ada lagilah jurang pemisah antara darjat kami...

Customer is always Human...

5 comments:

your mother said...

Kesian kena jadi kuli. Baguslah rasa what it is like to be one. kalau jadi raja selalupun boring juga.

Izhal said...

mana boring mak, everything is easy for nowdays kings... thanks for dropping by...

azli said...

This blog is really enjoyable and excellent choice of accompanying photos.
:)

kent said...

kalo saya makan sup kambing..mesti
demam keesokan hari..panas

suhaimi said...

hahaha..ala..sekali sekala bang :P