Tuesday, February 14, 2006

TOF Camera is here!!!

Hello...


OFF dan ON...

Harini contractor yang bubuh chip kita orang (Tok guru, Ushinaga, Sawada, Homma, Maeda dan watashi laaa...) dalam camera dah deliver final product... Hasilnya lazat!!! Ini dia gambr setup dalam makmal. Yang nampak macam susunan lampu merah bila kamera tu ON sebenarnya hanya kelihatan dalam gambar. Kalau real life tak nampak apa-apa pun pasal lampu2 tu LED infra-merah yang tak nampak dek mata manusia. Jadi bila ON, nampak macam kamera tu OFF saja...


The scene...

Human Interface...

Kamera kami boleh ambil gray scale dan range image untuk dipaparkan atas screen pc secara bersebelahan macam dalam gambar bertajuk Human Interface di atas... Bilangan pixel 336X252 (QVGA size). Fully CMOS... Setakat ni camera jenis ni belum ada banyak pixel macam ni. Cahaya yang digunakan dari 100 biji infrared LED. Nombor frame yang boleh dipurata 10. Aku ingat bila buat purata, frame rate jatuh. Rupa2nya tak tapi ada macam ekoran pergerakan kat belakang objek2 bergerak. Nampak macam special effect video clip penyanyi rock... Cara faham range image senang je. Warna objek dalam range image bertukar mengikut jarak. Paling jauh biru tua, paling dekat merah...


scene in gray and range...


background tak nampak pasal cahaya dari infrared LED je...

tapi bila dah jadi range image, member kat belakang pun nampak


PIXEL TRAIL SPECIAL FX AT 10 FRAMES AVERAGE WORKING AT 30FPS

Dengan izin Allah tak rugi aku datang Hamamatsu ni ... Dapat buat 3D camera... Alhamdulillah... Kerja banyak lagi. Chip 3D baru on the way, characteristic chip ni tak habis measure lagi...

Whats next???

4 comments:

juwaidah said...

What's the application that u think for ur camera nih? Jual kat tentera ke, kat org awam ke, or for specialized use? Boleh guna utk buat research on hantu tak?

juwaidah said...

Iz, dah baca pasal rombakan kabinet Msia?

Ahmad Javanese said...

ni buleh tangkap gambar dan masukkan terus dalam 3d animation

jadi lah Keluang Man 3D :) Jepun malii ooo

ke?

Hanya cadangan application

Abang.. dia kita macam heat sensing nye menda la ek? Kalau panas dia merah... kalau sejuk hijau.. ke biru ntah

Anyway, nice work :)

Dok tunggu mamat Cina Ozzie ni tak balas2 lagi application
Kang mintak uni lain kang.
kekekekekekeke

Kat uni Abang takde projek best2 ke? :)

Izhal said...

Ju, macam2 application boleh, salah satu application untuk luluskan PhD... lagi satu macam pyan cakap tu...