Wednesday, February 08, 2006

Semangat!!!

Esok Puan Fara ajak pi gunung Fuji. Nak cari salji supaya adik boleh main salji. Fikir2 okay juga idea dia... Hamamatsu ni ada salji, tapi dia turun setahun 2,3 kali saja. Sekali turun pun macam nak tak nak je. Abang pulak dah keluarkan slide dia dan practice nak main salji. Harap2 ada la salji esok...

abang practice... adik dipaksa practice

harap2 Fuji ada salji esok...

Tapi trip esok ni tak tentu lagi ada salji ke tak kat sana. Kalau ada syok la, kalau takde syok jugakla. Ingat mau bertolak dalam pukul 8am kot (9 lebih la tuuu) so dalam 9.30am sampai. Main2 salji kat Go-Gome (tanah dataran ke-lima) sikit, lepas tu pusing turun kat Gotenba. Makan2 sikit, lepas tu balik...

Gotenba ni satu bandar kecil kat kaki gunung Fuji. Daya penarik dia adalah factory outlet. 1st time pi Gotenba dulu terpukau pasal kehebatan gunung Fuji ciptaan Allah punya cuaca. Dalam sekelip mata, visibility kat Gotenba jadi 1 meter je. Kabus turun macam kat Bangi 10 tahun lepas setiap pagi... Tak nampak apa, tapi Alhamdulillah jumpa jugak factory outlet!!! Kalo jadi pi esok, Insya-Allah next entry ada gambar gunung Fuji...


tuan guru takde, anak murid semua balik awal...

I'll be missing these tomorow...

Untuk pi esok, sekolah terpaksa diponteng-pontengkan... Yeah!!! Tok guru pun bukannya ada... Kerja keras harini pun dah nak habis... baik aku enjoy. Bulan 3 kang chip baru siap takleh dah nak enjoy... Apa lagi, enjoy2lah sebelum anda dipenat2kan...

Doakan kami selamat nooo...

1 Comments:

Blogger juwaidah said...

Cet!! Ni bukannya nak main snow sgt pun mak bapaknyer nih!! Mesti nak shopping jer yg lebih! Cari alasan la tu..

5:15 AM  

Post a Comment

<< Home