Wednesday, March 22, 2006

Musang berjanggut Hamamatsu...

Pada suatu petang setibanya saya di sekolah terjadi sesuatu yang luar biasa sikit. Dua sahabat saya sebok terkinja2 menunjukkan jari ke arah pokok2 berdekatan... Saya pun segera rapat kepada mereka. Seorang dari mereka yang berbangsa jepun berkata dalam suara membisik, 'Tanoki'... Apo ko bondonyo pulak...


sang Tanoki

saya pun memalingkan kepala ke arah pokok2 yang ditudingnya. Ada musang hamamatsu rupanya. Terus saya keluarkan MUPA dan snap gambar. Nak pi ambil gambar close up takut kena serang. Sekali masa saya dah rapat betul, Tanoki tersebut lari tapi semacam sikit lariannya...


kearah longkang...

lepak tepi longkang...

haiya, longkang sudah lali la itu tanoki...

Terhencot-hencot sebab kaki belakang kirinya sakit. Patah kot... Dia terus lari ke dinding pula... Sahabat jepun terus naik atas dan mengambil dodol durian dari vietnam untuk sang-Tanoki. Dia campak ke binatang sakit tersebut tapi dodol duriannya tak dilayan. Kami bertiga mengepungnya sebab nak rapat lagi... Last2 dia lari masuk longkang...


En. Liu sahabat dari China...

Dr. Sakakibara baru grad...

gambar kenangan...

MUPA night shot...

Tak puas menagkap gambar, sahabat China terus meniarap hampir masuk longkang sambil menghulurkan MUPAnya kelubang tersebut. Tak dapat apa. Saya pula mencuba dengan menggunakan lampu MUPA beserta Night Shot Mode... Tak dak hasil... Itulah kisah musang berjanggut sang tanoki Hamamatsu-shi...

-Hamamatsu ini hutankah dia?-

16 comments:

aNIe said...

Musang berjanggut...??

Ingatkan masa zaman P.Ramlee aje ade Musang Berjanggut...rupa-rupanya kat Hamamatsu pun ade....

Sian plak kat tanoki tu...agaknya terluka kakinya tu...

dith said...

Isnt that a racoon?

Izhal said...

Kak Lady,
Kesian kan... kena langgar ke apa entahlah...

Dr. Roza,
Exactly, racoon Japanese style...

JIE said...

I wonder who/what hurt it's leg... wah tak sangka plak ada wildlife kat hamamatsu ni....?

Mister Curmudgeon said...

macam raccoon tunjuk testis nye dlm salah sebuah kartun Studio Ghibli...

Izhal said...

Jie,
saya pun tak sangka laaa...

Fretsurfer,
mana ada, raccoon Hamamatsu sopan santun...

Ikelah said...

kesian musang. the the price of development. kita buat rumah kita di tempat rumah musang. so musang tak ada tempat berlindung.

hal ini sama dengan malaysia. kita maah gajah dan harimau kacau kebun kita tapi kita tak sedar kita dah menceroboh rumah dan hunting ground haiwan haiwan tersebut. jadi siapa yang bersalah, kita? harimau atau gajah?
tetapi yang jelas Allah suruh kita berbaik baik sesama makhluk dan memakmurkan bumi Allah ini as vicegerent(tafsir albaqarah, AtTAqwa DITH).

zino said...

ia say man.. lain kali guna lah camera yg boleh zoooom 40 kali hehe clear sikit gambar tu..

sian musang tu kan..

Sherin de Souza said...

Wah, macam nak buat wildlife documentary-National Geographic. :)

gus said...

Haha, kau ni betul friendly lah. Musang berjanggut punya pasal, terus dapat kawan baru. Siap ada kenangan lagi. Of course you had MUPA in common.

Musang kat sana lain ek. Macam kucing. Rupa dia pun comel. Tebal bulunya. Tapi mesti gigit punya lah. Tahniah kerana dapat rekod dengan MUPA. Pantas respon alat gambar kamu itu. Hasilnya tidak mengecewakan.

Anonymous said...

5:47 AM ?
U have not been sleeping!

Izham Miyake said...

sayangnya xde close up.. tapi racoon memang dangerous.. ada tengok AXN pasal racoon. Kalau dia gigit.. mak aii.. sian officer dalam tv tu kena gigit.

Tapi tula, racoon tu sure dah takde rumah. Development has demolished their homes.. kesian..

Anonymous said...

amboii..banyaknya bulu di sekitar tengkok musang berjanggut itu. mengalahkan misai datuk k....

maklang said...

Bestnya dapat masukkan gambar. Maklang masih ada problem lagi....

Izhal said...

ikelah,
ha ah, kesian... saya orang selangor, negeri paling pesat membangun kat malaysia. haritu depa nak buka kawasan baru, depa pindahkan jin2 dan bunian ke hutan pahang. tapi depa tak pindahkan binatang liar. la ni kawasan perumahan saya ada banyak monyet2 liar, ular2 dan musang...

zino,
ha ah silap tak guna... tapi camana nak guna, kamera boleh zoom pon tarak, heheh...

sherin,
haish national G to tak pakai handphone punyalah ambil gambar...

agus,
betul tu, tapi kalo ko ada kat sini time tu, sure ko nampak macam anak anjing yang cute... aku takut nak dekat pasal aku syak menggigit la haiwan ni... tu mat jepun tu kawan lama aku... ehehehe...

azli,
tonite... like a log... hope u sleep well too :)

izham,
aku tengok jugak yang tu... kesian mat tu... development is demolishing ours too... kesian kita...

dr. bahiyah,
belang2 tak misai datuk k tu???

maklang,
jap nooo... saya bagi solution en. izham ajar saya... rugi tu maklang gambar cuti oversea tak leh upload... tungguuuuu...

Sherin de Souza said...

Iz, mana tau, one day the explorers & national G nye photographers will only need to carry their state-of-the-art mobile phones that can be used to take good photos & film movies as well.

PS: Can't u make one?

;)