Tuesday, January 31, 2006

Ninja meets the Samurai

Meeting pagi la harini. Ni yang saya lemah. Bukan malas apa, ni musim sejuk... Tu yang malas tuuu... Teringat pulak masa study dulu-dulu... Waktu sekolah rendah malas betul nak pakai long johns untuk tunggu bas. Bila masuk buat degree, memang kelas petang tapi pagi2 kena keluar kerja kat komputer lab universiti pagi-pagi. Memang malas betul la mengharung kesejukan yang teramat sangat. Time undergrad pi kerja and classes naik kereta... Almaklumlah, negeri mat soleh kereta cabok murah tak ingat. Jadi kira okaylah. Kat Hamamatsu ni pi lab naik basikal. Tu yang malas tuuu... Takkan nak angkut heater sekali naik basikal kot...


Ninja Hamamatsu...

Adalah jejaka berbangsa Melayu!!!

Sejuk2 naik basikal kat Hamamatsu ni saya pakai ala ninja... Mesti pekup muka cukup2 kalau tak kena sambar dengan sejuk...

Meeting sat lagi ingat nak tunjuk result yang saya bertungkus lumus buat minggu lepas. Sure kena 'bang' punya tapi kalau tak kena bang camana nak tau kesahihan data tuuu... Yang saya suka kena bang ngan tok guru ni adalah lepas dia bang dia akan bagi nasihat untuk perbaiki kerja kita. Nasihat2 yang bernas dia bagi. Kalau ikut cakap tok guru ni selamat... Bukan bang buta-buta semata-mata. Biasalah the big boss mesti ada bigger boss...

LEPAS MEETING

Hujan pagi ni. Tak sejuk sangat. Meeting cun... Kerja melambak lepas meeting... Tau tak bahawa dari SNR kita boleh tau berapa banyak electron masuk dalam satu pixel. Dari situ jugaklah kita boleh tau bilangan noise electron pada keamatan cahaya tinggi adalah hampir keseluruhannya dari shot noise cahaya sahaja. Hebat betul Tok Guru Kawahito aku ni... Lepas aku ambik data yang gila panjang haritu baru aku paham betul2 apa yang Tuan Guru dok cakap selama ni.


sebelum meeting layan hujan...

lepas meeting layan amik gambar...

putik white plum dah mula keluar...

basah dan nyaman...

Musim bunga dah dekat kot. Hujan manjang ni. Hujan jepun ni rajin macam orang jepun jugak. Sekali turun, renyai2 dari pagi sampailah malam. Memang lalok je rasa kalo hari hujan... Hujan jugak menandakan musim nak bertukar. Adik-beradik bunga sakura dah berputik. Bunga sakura sikit lagi nak kluar la tu dalam dua bulan lagi...

Gong Xi Fat Chai!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home