Friday, February 03, 2006

Teletubies

Ketagih betul aku tulis blog ni. Satu hari tak tulis rasa tak sedap je... Padahal hari2 nak tulis apa pun tak tau, main belasah je... Jap aku tengok apa gambar ada untuk harini...

Orait... Teletubies... EE-OOO=teletubies sebut hello...


poe...

biru-dinki winki...
kuning-lala...
merah-poe...
hijau-dixie...

Inilah cerita paling laris antara budak2 umur 2 hingga 3 tahun. Cerita ni memang tak ada faedah untuk depa. Tak ada ajar apa-apa langsung. Tak macam sesame street, ada jugak ABC. Malaysia punya ALONG pun banyak ilmu budak2 boleh belajar. Masa aku kecik2 dulu ada rancangan Kak Yong dan Abang Cumi kat RTM1, petang2, pun ada faedah... Teletubies, tarak apa-apa...


kepala dah menyala...

Character dia memang entah apa-apa. Rupa macam jin tersengeh. Dekat perut depa ada TV... Depa cakap pon bahasa merapu. Kalau budak2 tengok, boleh jadi pelat bila bercakap. Aku ingat modal nak buat cerita ni murah. Aset tetap cuma costume dan stage. Kalau pelakon dia demam atau kena buang kerja, depa boleh suruh sapa2 je sarung suit teletubies tu dan berlakon...


meh tengok tv kat perut aku...

Abang mula2 tengok teletubies dulu menagis bila rancangan tu dah habis. Dah kena sihir ke apa anak aku tengok cerita ni. Nauzubillah... Ada site internet kata teletubies ni untuk brainwash budak2 kecik dengan kaedah subliminal messages yang selalu digunakan dek fremason dan geng2 dajal... Ada jugak kata cerita ni promote ganja. Haritu ada cerita pasal 4 ekor teletubies nak makan tubby-jello. Style makan pulak sedut dari satu balang khas sebijik macam orang isap paipon. Lepas makan depa tergelak2. Haiyyyaaa... Terkejut aku... Confrimla conspiracy theory kedua pasal teletubies ni... Puan Fara pulak pi tapekan setiap rancangan teletubies... Aku balik malam2 sambil makan nak tengok TV, tapi terpaksa tengok teletubies...

Cerita mengarut macam ni pon boleh hit???

5 comments:

Anonymous said...

Iz.. samalahh macam anak2 Nurul.. Fatin kecik2 dulu.. hari2 tgk cerita nih.. sampai kena beli cdlah, pasang hari2 .. alah murah jek kat msia..Fatin suka Lala..hahaha.. layan je lah Iz..

munirah hayati said...

cuba bagi tengok Barney and friends, at least they talk in proper language - my niece 20 months old has been picking up new words quite fast..
-tenma-

Izhal said...

tenma, tak maulah... kang dia sangkut ngan barney pulak habis aku tak boleh tengok discovery langsung... :)

Izhal said...

nurul,

dok layan la niiiii...

:)

Anonymous said...

Engko jangan- housemate aku dulu kat Soton, bangun pagi-pagi tiap-tiap hari khamis nak tengok teletubbies ni. Itu dah tua bangka tu. Bilik tv tu sebelah bilik aku lak tu. Tension aku dengar lagu yang masuk nombor satu UK pop-charts tu. Heran aku. lagu camtu pun boleh kalahkan natalie imbruglia punya lagu "toron" tu. Nyanyi sama-sama ngan tv lak tu. Nasib baik kakak mamat tu cun. kalau tak sure ahli rumah lain dah halau. hahahahaha.