Alhamdulilllah kali ni kami sempat pi jengok masjid kat salah satu kota hebat jepun... kota nagoya... lepas penat kami layan pinggan mangkuk syok betul dapat duduk dalam masjid... bukannya jauh dari kedai pinggan pun, dalam 1.6km saja mengikut navigator Yasushi-san... tak sangka dapat tengok masjid kat sini... dah 3 tahun tak pi masjid seronok juga pi kali ni... tak kiralah masjid tu lawa ke tak lawa, bila masuk masjid ni rasa lapang... mungkin pasal rekabentuk dia luas... ke ada sebab lain?
mari bersuci...
perempuan...
perempuan...
masjid nagoya ada 4 lapis... tingkat bawah ada office pak imam dam sebelahnya tempat masuk. bila anda melangkah masuk terus jumpa sinki wuduk... tingkat 2 tempat wanita solat dan ada bilik khas untuk wuduk mereka... tingkat 3 laki2 dan 4 laki2 juga... masjid ni derasmikan tahun 1998 kalau tak silap saya oleh seorang imam masidil haram de mekah...
banyak juga kitab2 dalam banyak bahasa... ada terjemahan koran dalam bahasa jepun, terus disambar oleh Yasushi-san... bertambah majulah orang jepun macam ni... saya pula terus keluar untuk ambil gambar :) ada satu pintu dalam 'stairwell' yang gelap... tak ada tanda 'no entry'... macam biasa bila tak ada tanda 'no entry' saya pasti 'enter'... 'enter' punya 'enter' sampai ke bumbung dan luar cerah :) lepas tu turun dan keluar, ada kereta tak perasan lampu dia dah merah hampir langgar saya... Alhamdulillah tak arwah...
kami duduk2 sampai maghrib dan sat lagi ramai betul orang datang... ada yang pakai kain pelekat, ada yang pakai hensem... bila tiba waktunya ada orang azan... syok, lari lintang-pukang setan2... ruang laki2 penuh sampai ke dinding...
habis urusan kat masjid orang2 tadi semua tak duduk2 depan masjid pun... depa jalan ke tempat letak kereta sebelah untuk isap rokok dan sembang2. bagus juga tak kumpul depan ramai2... sat ni lain pulak orang anggap... rasa macam baru lepas raya pun ada tengok orang ramai2 macam ni... lepas tu depa jalan laju2 dan lesap... pi makan di restoren kepunyaan tok imam rupanya... restoran kebab dan makanan ala-ala iran... heran, orang iran ke pak imam kita?
sempat sembang dengan saudara sorang ni... sebut je kami datang dari hamamatsu terus dia tahu kat mana tempatnya... dia baca blog ke? oh mungkin tidak, sebab ada notis kat masjid nagoya tentang pungutan yang dilakukan oleh orang2 islam hamamatsu untuk bina masjid hamamatsu :)
memang tak sangka kami sempat melawat tempat macam ni... kalau nak jadi tetamu Allah, 'any time ok'... janji dengan izinNya...
-ada betul ka ini orang cakap???-
10 comments:
orang ini cakap ada betul.. tapi, apa pasai aaa, you tunjuk gambar pintu, tapi label 'perempuan'? Adakah perempuan itu sama dengan pintu? Atau, pintu itu adalah untuk ke tempat perempuan? hehehe..
kesian tak de masjid di hamamatsu. terlepas banyak jumaat. hope that masjid hamamatsu cepat terbina.
masjid ni tak de kubah ke? cuma menara dengan bulan sabit di puncaknya?
"apa disebalik bunga??? masjid nagoya rupanya"
Funny.. :)
ps: Did you put the bunga in front of MUPA. Hmmm...If you did, would this be considered a salon shot?
Hmmm...
juwaidah,
kalo ko klik gambar tu nampak kat pintu tu tulis muslimah... jeng jeng jeng... :)
ikelah,
sembahyang jumaat di sini berjalan macam biasa walaupun tak ada masjid, buat di foreign student lounge... sembahyang raya semua pun macam biasa buat di lobby bangunan tertinggi di Hamamatsu :)
azli jamil,
hmmm sort of... the flower is by the side of a road... so i had to cross over and thats when a car almost hit me... the picture is maybe an attempt to get a bokeh by using macro shot... thats the only way i can get a bokeh using MUPA...
Wah... Rasa seronok pulak tengok ada masjid kat sana.. LOL
Ramai tak penduduk tempatan yang agama islam kat sana tuan???
wondering how the japanese muslim ber'azan'. Or maybe org2 iran kat sana yang ber'azan'.
Alhamdulillah di mana2 pun ada rumah Allah..
Mupa tu mahal tak?
alhamdulillah, ke mana2 sahaja kita jejak di bumi Allah ni, ada je rumah Dia.
di sekitar rumah saya ni, byk masjid, tapi disebabkan 'adat' orang-orang asia selatan (pakistan, bangladesh,india) takde tempat pun utk muslimah di masjid.
walau bagaimana pun, alhamdulillah di Islamic Center di area university ade tempat untuk sisters. Dan juga sebuah masjid di Stoke-on-Trent (tpt pingganmangkuk) ada ruang utk muslimah solat.
Saya pernah duduk di hachioji, kat situ tak ada masjid, kalau nak gi jumaat kena gi tokyo
jemster,
Iyelah Tuan, memang nyaman... entahlah, tapi ada ramai juga agaknya... depa ni kalau masuk islam bersungguh2 praktik... buat apa2 pun depa bersungguh2...
marshmallow,
i have no idea, but their pronounciation of arabic is quite good... then again their artisits here cannot sing that well... so i guess, 'azan' by a Japanese would sound clear and flat... Allahualam...
Maklang,
saya beli brand new harga dia 6000yen... hmmm... kalau ikut exchange rate time tu adalah dalam RM300+ je... kalau mahal2 ni saya tak beli... heheh...
faezhussain,
oh... bahaya ni kalau Puan Fara tau... dia nak melawat masjid stoke-and-trend la pulak... heheh...
kamato,
kat mana tu? sini jumaat kat univeristi saja...
thanks for reading Hamamatsu-Now!!!
-GOLDEN DUDE-
Post a Comment