Sunday, May 07, 2006

GOLDEN WEEK PART3: Once Around The Sun :)

Setahun yang lepas, kami telah dikurniakan oleh Allah seorang lagi cahaya mata. Iya, Izz Farish telah dilahirkan dalam golden wk tahun 2005. Berat 2.8kg dan 52cm... Untuk membantu kehidupan awal Izz Farish, neneknya Sharifah Zaleha sanggup datang tahun lepas... Iyelah, siapa nak lepaskan peluang menjaga bayi yang satu hari bakalmenggegarkan dunia... heheh... ALhamdulillah... Izz Farsih, made in Hamamatsu. Hari ini genap sekali beliau mengelilingi matahari di Hamamatsu :)


lebih kurang setahun yang lepas...
(golden week tahun lepas)

Izz Farish atau panggilan manjanya 'tung-tung' atau adik seroang insan yang bijak... Selepas lahir, 3 bulan dia tidur. Masuk 4 bulan dia mula duduk... 6 bulan dia sudah kenal dengan panggilan namanya. 7 bulan dia berdiri. 8 bulan dia berjalan. Semalam saya dapat tahu kalau orang sebut Allah-huakbar, dia akan sujud... heheh...


Izz Farish tengah tidur masa ni...

Satu lagi namanya adalah 'mat tepek'oleh kerana dia suka sangat menepek dengan Puan Fara. Kalau menangis bagi saja pada ibunya, dia akan terus senyap dan menepek dengan ibunya...


dah bangun dan seronok ada perayaan untuk dirinya...

Hari ini kami meriakan ulang tahun keputeraan Izz Farish yang pertama. Ibunya buat kek khas untuk anak menepek kesayangannya... Sambutan hari jadi Izz Farish disambut dengan sederhana dengan cuaca hujan rahmat turun :) Kami doakan Izz Farish panjang umur, murah rezeki dan menjadi manusia yang berguna untuk agama dan manusia sejagat suatu hari nanti. Abangnya Faiq juga... AMIN...


the cake, the boy and the his day...

faiq tolong tiupkan lilin dan potong cake...

-Happy birthday my son:)-

21 comments:

Anonymous said...

yeay, i'm first! :P

sedapnya kek tu! eppy bday baby izz!

Izham Miyake said...

bang izhal,

tanya sikit. terror betul la faiq tu boleh tolong tipukan lilin dan potong cake.

cemana dia tipu lilin bang? tak bernyawa lilin tu. hehe

takdela bang.. gurau aje. jgn amik hati.. biarkan aje 'tiup' to jadik 'tipu'

classic..

Izhal said...

tenma,
kek tu sedap wooo... tq for the wish to him :)

Izhal Che Ros,
Ingatkan En. Izham yang buat typo, rupa2nya saya yang buat typo... hahaha... terima kasih daun keladi, kalau silap tegurlah lagi :) dah dibetulkan dah...

zino said...

selamat hari lahir izz farish..

semuga menjadi anak kebanggaan ibu bapa..minta hadiah doremon, ultraman, power ranjers dengan abah tu hehe

Izhal said...

zino,
thank you... ingat nak pi beli hadiah tadi, tapi hujan... tunggu minggu depan le kot heheh... AMIN...

Anonymous said...

Selamat Ulang Tahun Izz Farish!

Semoga menjadi anak yang sentiasa membahagiakan ibubapanya, insyaAllah :-)

Kek nampak sedap. Pn. Fara, leh bagi resepi?

FaEzHussain said...

Happy birthday Izz Farish (sedapnya nama)...semuga menjadi anak yg soleh...
Cake pun nampak sedappp yummmmmmm

gus said...

Wow! Nampak sedap kek tu! Aku nak kek dengan strawberry. Icing tu bagi kat Izz.

Anonymous said...

Happy birthday Izz Farish :)
Izhal, make syre you print this page and frame it for him.

Anonymous said...

Good morning :))
Will look at your email later. Some problem getting into yahoo. Donno why.
Have a great day :)

Anonymous said...

happy birthday Izz Farish, semoga panjang umur, murah rezeki yang diberkati, jadi anak yang soleh.

maklang said...

Birthday Izz Farish...tua sehari dari maklang...Selamat hari jadi...moga2 jadi anak yang soleh bila besar nanti...

Sedap nampak kek!

Ella said...

Selamat Hari Lahir buat Izz Farish... semoga bila besar nti menyenangkan hati ibu n ayah...

Sherin de Souza said...

Happy Birthday Izz Farish!

So, his birthday was on the 7th of May? My son, Emir's birthday was on the 6th of May. Satu hari beza but different years la.. Moga Allah keep him in HIS blessings..

Kaklong Syikin said...

selamat hari jadi 2x
moga murah rezeki
hidup senang nanti
diredhai ilahi..

sedapnya kek tu...

Anonymous said...

Iz,
Happy bday lil baby boy..can't wait to see him in person bila budak Bangites wat reunion thn nih..insyaAllah.

Sedapnya kek Fara buat...mcm Secret Recipe.

Izhal said...

Jie,
Thank you... Sponge cake beli kat kedai, cream beli kat kedai, kit kat beli kat kedai, strawberry beli kat kedai... semua dah ada Puan Fara pun buat skill pasang siap la... :)

Faezhussain,
AMIN, ya-rabbal Al-AMIN... thank you doakan untuk anak saya:)

Agus,
Aiseh my friend, cake sudah habis la... Eh ko kat bangsar kan selalu ke kedai pastry... heheh ;)

Azli,
Thanks for wishing my son... Will do :)

Sleepless in Gelugoq,
Thank you for the wish :)

Dr. Bahiyah,
Amin,amin yarabbal-al amin...
Arigato-ne :) semoga cepat dia besaq dan berhenti b$r@k dalam seluar... heheh... but not too fast :)

Maklang,
Laaa... happy belated birthday laaaa lagu tuuu... kalau tau kita sambut sekali kat hard rock cafe... hehehe... dak aih, kat Hamamatsu laaa...

Ella,
Thank you... Amin ya rabbal al-amin... hopefully laaa nooo...

Blueyasmeen
Thanks... Laaaa awat dah tak main blog??? Tak palah, try fotopages instead...

Noni Nik,
Thank you for the wish... Cant wait to get back to bangi too... or can I wait??? see you soon, Insya-ALlah...

THANK YOU FOR CELEBRATING IZZs BIRTHDAY AT HAMAMATSU-NOW!!!
-Izz Farish-

marshmallow said...

cake itu nampak sungguh sedap! Budak tepek... happy birthday from aunt marshmallow ye..

Izhal said...

marshmallow,
thank you aunt marshmallow ;)

Anonymous said...

Happy Belated Birthday to Izz Farish ;-) and be a good boy!

Izhal said...

thank you Kent...