Tempat menunggu bas di sekitar bandar Hamamatsu 'simple' dan 'complex' sekali. Simple kerana ada papan penanda satu. Di papan tersebut ada dipaparkan jadual bas. simple juga kerana ada tempat berpijak bertanda untuk orang yang tidak dapat melihat...
jadual waktu bas wajiyama...
kalau datang ke Hamamatsu,berhentilah di Wajiyama, boleh kita minum2 teh jepun :)
Kompleks pula kerana dalam papan jadual bas yang simple sebenarnya ada litar 'transceiver' yang canggih. Litar ini disambung kepada alat penderia dalam bas melalui gelombang radio, jadi bila bas hampir, berkelip2lah lampu pada papan jadual yang simple itu tadi... sambil itu ada juga bunyi 'beep' untuk menandakan bas dah nak sampai. Bolehlah orang yang tak dapat melihat bas datang tahu bas nak sampai...
Di setengah2 tempat menunggu bas ada disediakan bangku yang tidak digari pada tanah... lawa pun lawa dan duduk pun selesa... tak ada orang panjang tangan bawa balik pun... ada juga tempat yang menyediakan peta laluan bas... di setengah2 tempat lain ada juga bingkai kaca untuk menghadang angin sejuk dan hujan dari kena para penumpang... macam-macam fesyen perhentian bas di Hamamatsu ni... tak satupun ada feshen grafiti yang memaparkan tanda hippies, anarchy atau tulisan 'bob marley was here'...
tapi sesuatu yang amat menghairankan ialah bas memang tiba tepat pada waktu yang dipaparkan dalam jadual. purata ralat hanya 1 hingga 2 minit tak kira waktu sesak atau lengang... macamana depa boleh buat macam ni? Allahualam... mungkin jurutera trafik Hamamatsu sangat bijak dan pernah dinasihati oleh Botak Chin tentang bila lampu isyarat bertukar warna... canggih...
sebaik sahaja anda masuk dalam bas, pemandu yang berpakaian ala-ala pilot kapal terbang akan menyambut anda dengan sebutan 'Irashaiii maseeee'... selamat datang... lepas tu dia akan bagi liputan perjalanan serba sedikit dan memberitahu ada mesin tukar duit dalam bas... konduktor tiada... tatkala berhenti di lampu merah, pemandu hebat tersebut akan mematikan enjin sehiggalah lampu kembali hijau... bila anda turun disebut pula 'Arigato-gozaimasu' yakni terima kasih...
untuk orang tak boleh lihat...
antenna transceiver antara perhentian bas dan bas...
Tak hairanlah masa saya mula2 datang dulu, depa boleh bagi estimate masa untuk saya tiba ke universiti sebaik sahaja kapal terbang mendarat. Ya, bila anda mendarat di Jepun, bermulalah kehidupan berkisar jadual yang tepat. Sistem kapal terbang, keretapi dan bas nampak gaya macam dah diselarikan... Tak ada peluang kalau datang kerja lambat nak cakap bas lambat...
-hebat Hamamatsu ni-
15 comments:
Tuan Izhal,
Pergi ke sekolah naik bas,
Bas ditunggu penuh cekal,
Kalau Tuan menaiki bas,
Kemana pula perginya basikal?
Perhentian bas sungguh canggih,
Orang buta tak terhuyung-hayang,
Kalau Tuan orang berkasih,
Basikal Tuan masihkah sayang?
Orang buta dalam pencarian,
Orang celik dalam kegelapan,
Demi masa manusia dalam kerugian,
Jalan mana menuju kebenaran?
Litar dan bas boleh bercakap,
Bahasa 'beep' bahasa siapa,
Kalau Tuan budak pengakap,
Orang buta melihat pakai apa?
Tunggu bas pukul satu,
Datang lewat terlepas bas,
Punyalah besar negara Jepun tu,
Takkan jalan2 kat perhentian bas.
'YAZIT WAS HERE'
'YAZIT WAS HERE'
sistematik betul...
'Irashaiii maseeee' -- tu agaknya bebudak kat Sushi King selalu sebut.. hehe.. laju sangat diorang cakap sampai tak dapat tangkap!.. ke 'Irashaiii maseeee' tu utk naik kapal terbang je? I noticed kalau masuk mana-mana kedai pun diorang akan sebut something.. is it that 'Irashaiii maseeee'greeting then?
Many Malaysian people don't know how to say 'terima kasih'
sama2 mcm kat sini gak. Kat setiap perhentian bas ada jadualnye sendiri. Dan setiap tahun mereka akan pos dan beri percuma setiap rumah jadual perjalanan bus dan zug, utk satu tahun. So kami akan bawa kemana2 buku jadual tuh. Dah mcm pasport plak kemana2 kami bawa. Alhamdulilah semuanya tepat..kami lum pernah tunggu bas lama2 tp bas selalu tinggal kan kami coz lewat hahha.
Salam
Ajzie
tu ler bila dah duk sini n tgk camne sistematiknya nya public transport diaorg... n satu tiket applied utk sume..komuter, bas, feri... then valid within 2 hrs blh naik turun those 3 tu.. dan dengar lak ur cite n ajzie nya cite... tak tahu ler bila kat negara kita nak samapi ke tahap nie hmmm
impressive betul sistem kat sana. memang tak ada alasan nak salahkan transport kalau datang lambat. paling best dia punya indicator. kat malaysia, kadang kadang kita rasa macam orang yang tak nampak. pendek kata hilang deria lah. mana tak, tunggu bas berjam-jam. nampak tidak, dengar tidak, rasa(angin) pun tidak.
tapi sudah tentu saya memperbesarkan keadaan. apa nak buat, dah banyak pengalaman pahit dengan public transport di sini.
Tu la keistimewaan transport system yg masih belum ada kat tempat kita
tuan izhal
hebat sekali sistem bus di japan. di sheffield ni pun tak setanding. bus walau dlm jadual every 5-6 minutes, tapi masih ade plus dan minus time patut tiba di perhentian. walau apapun, saya masih boleh tiba di hospital dlm 1/2jam kalau traffic ok.
puan doktor..(bukan tuan :D)
Seronok ye...kat sana nampaknya macam semuanya teratur...
Memang best laa kat Jepun nih, tapi kadang-kadang kalau sumernya berjadual dan tepat, semput juga dibuatnya kan? tak dapat nak terlambat sikit... he..he..
Tuan Yazit yang terhormat,
dua tiga kucing dan kibas,
mana nak sama si kuda ninja,
kalau hamba naik bas,
basikal tinggal di rumah saja :)
kawan hamba belajar di setiawan,
selalu tidur macam ular sawa,
untuk menjawab soalan tuan,
basikal hamba macam nyawa...
alkisah semua jenis kenderaan,
bergerak atas jalan di dunia,
jalan mana menuju kebenaran,
jalan Islamlah jawapannya...
rumah terbakar panggil bomba,
bomba datang naik singa, (heheh)
kalau tak silap tekaan hamba,
mereka melihat pakai telinga...
'IZHAL WUZ ERE'
Cik Puan Marshmallow,
yep... dari langit sampai ke bumi sistem jepun syok...
Tuan/Puan Ilsa, mana satu yang betu lya???
irasahiii maseee... 'welcome'... 'selamat datang' kat malaysia pun depa sebut... haiyaaa...
Yang dikasihi Tuan Azli Jamil,
terima kasih bagi tahu hamba perihal ini... perkataan sendiri pun ramai tak mahu guna ka???
Puan Wilhelm~Achtzehn,
hahahaha... tapi takpe, jadual untuk bas seterusnya tersimpan dalam poket ye dak???
Puan Dr. Ella,
have hope... Malaysia is on the way to Glorified G :)
Tuan Agus,
Hamba faham kenapa Tuan memperbesarkan keadaan... sbab kadaannya tak cukup besar lagi sehingga tiada yang hendak membesarkannya supaya ianya bertambah kecil dan maju... ;)
Tuan Kamato,
harap2 adalah lepas ni... tapi niat saya bukan nak mengecil2kan sistem kita yang memang tak bagus... niat saya nak tulis blog saja, tapi Alhamdulillah dapat juga mengecil2kan sistem kita heheh...
Puan Dr. FaezHussain,
Puan doktor naik bas jugakkah? biasanya doktor2 ini naik BMW, MERC, VOLVO atau ambulans... heheh... main2 saja bab ambulans tu... Tapi setiap 5 minit tu baguslah... :)
Puan Maklang,
Alhamdulillah ada jugak chance nak duduk tempat tratur... tapi kadang2 tu sebab teratur, terkejar2 tak menentu untuk beratur... padahal kalau tak terkejar2 pun ok, pasal peraturan selepasnya masih teratur... :)
Tuan Raiedzall,
Memang betul Tuan, rimas pun ada... tengok roang bekejar tak menentu mengikut jadual walhal kalau tertinggal bas atau keretapi, dalam masa 15 minit kemudian ada lagi yang datang menyusul...
Hamba ingin merakankan jutaan terima kasih atas kesudian tuan-tuan sekalian membaca dongengan hamba di Hamamstu-Now!!!
yang menulis blog...
-izhal-
encik ih. naik beskal ke skg encik ih?
frestusurfer,
ha ah, basikal laaa...
Post a Comment