Apakah dia 'transpayung'???? apakah dia payung??? kalau tahu apa payung lebih mudah untuk memahami apa itu transpayung...Waktu musim hujan di Hamamatsu, transpayung sangat berguna. Bukan sahaja mengahalang dari kita kena hujan, malahan boleh bagi nampak hujan nak menimpa kita... Ianya sangat berguna kepada penunggang basikal. Waktu menunggang basikal, biasanya hujan seolah2 datang menerkam dari depan walaupun sebenarnya tidak. Keadaan ini berlaku sebab pergerakan kita yang mara ke hadapan...
Jadi, si penunggang basikal haruslah memegang payung condong kehadapan. Kalau tak menggunakan transpayung, memang tak nampak apa dihadapan. Macam saya tempoh hari... langgar tiang... sebab guna payung... Itaiiii ('sakitnyaaa' dalam bahasa jepun)... Dengan menggunakan transpayung, kita boleh nampak benda dihadapan menjadikan perjalanan lebih selamat...
nampak kereta datang... kalau pakai payung tak nampak...
kalau guna payung, tak nampak...
mengeringkan transpayung...
melipat transpayung...
Di sekitar kawasan sekolah saya, dalam tempat letak payung memang banyak transpayung... entah siapa tuan punya transpayung2 tersebut... Jadi ingatlah, jika hujan dan ingin menunggang basikal, gunakanlah transpayung... Jika hari panas terik, gunakanlah payung... Dah tahu apa dia transpayung? transparent+payung=transpayung :)
-berhati-hati di jalan raya-
19 comments:
creative punya idea! Tapi kalau kat Msia, maybe transpayung tak berapa laku sebab orang nak berpayung dari panas.. so kena pakai payung. Tak ramai pun rasanya yang nak naik basikal dalam hujan macam kat Jepun tu.. ;)
kat japan transpayung ni memang famous, tapi belum pernah jumpa lagi kat msia, kita kat si kalau hujan pergi kedai depan rumah pun naik kereta...
Kalau pakai 'transpayung' kat malaysia maka kulit 'transputih' akan 'transform' menjadi'translegam'..ahaks!
I wanted to say what raiedzall said. :P
ps: You really like that checkered shirt aye?
Looking at those photos of my friends who are just recently off to Japan, tak sah kalau tak berposing dengan payung ni.. the girls la especially :)
sediakan payung sebelum ujan :D
juwaidah,
tu yang saya kata, kalau hujan guna transpayung sebab mendung la tu... kalau panas guna payung...
kamato,
kat tempat saya ramai pi kedai jalan kaki... tambah2 makcik2 dan nenek2 tua... golongan muda memang start enjin je pi mana2...
raiedzall,
waktu hujan saja pakai transpayung... waktu panas saya suggest pakai payung...
azli jamil,
i have only 2 checkered shirts :) i rotate them week in week out...
crymsonskye,
really??? hahahaha... that never crossed my mind...
suhaimi,
salah tu, sediakan transpayung sebelum hujan ... heheh...
Oppps tumpang lalu nak jawabkan utk Kamato..
Ada lah jual kat Msia. Saya ada satu dulu2. Beli kat salah satu mall kat JB. Tapi mmg tak sesuai pakai masa panas..just utk masa hujan aje..itupun letak dalam kereta aje. Sekejap aje pastu hilang..maybe ramai sangat yg berkenan.
Salam
nihongo dan ciptaan pelik mereka. huhuhu...
'Transpayung' dah ada..'Trans baju hujan' ada tak?
hehehe
Dude...
err.. aku ada gambor transspendar
atok,
mungkin maksud Tuan Nihon-jin dan ciptaan pelik mereka... Nihon-Go hanyalah bahasa si Nihon-Jin... :)
blackpurple,
hmmmmm... mungkin sudah ada... tapi saya tak mau belilah... heheheh...
izhal.. menarik berita hari nie :)
Izhal...masa maklang kecik2 dulu memang ada guna payung camni kat Malaysia, and macam kata Izhal berguna masa ujan je...
Eh I love that umbrella.. It's very cool to bring such umbrella to school on a rainy day.. It makes people stand out from the others.. :D
Berkenan tengok. Tapi memang tak sesuai di waktu panas.
ella,
menarik? hait arigato gozaimasu :)
maklang,
memang baguskan transpayung ni... sambil tengok hujan sambil kering... memang saya suka :)
hanis,
yep... however, 4 out of 10 would be using one I guess... heheh...
yus,
ha ah... hanya bagus untuk hujan dan mendung :)
Thank you for reading Hamamatsu-Now!!!
-izhal-
en. izal,
kawan saya dulu pakai transpayung (di Melaka). 'Kaler' pink. Tak membantu langsung masa hari panas. Tapi amat membantu untuk menghalau anjing jiran di taman perumahan kami yg amat garang serta di masa hujan. Yg penting muka tak basah.
oh teringat pasal itaii. Anak kawan yg dilahirkan dan dibesarkan di Jepun sampai berumur 3 tahun. Balik ke Malaysia, dia kacukkan Bahasa Melayu.. Itoii
HMN,
itoiii??? hahaha... ada seorang pelajar malaysia di sini nama manjanya itoiii :)
Post a Comment