Wednesday, May 10, 2006

GOLDEN WEEK PART5: Kawad Rumah Kampung

Lagi satu perayaan yang diraikan di Hamamatsu setiap golden week adalah menarik rumah kampung mengelilingi bandar Hamamatsu. Pelik? Heheh... Kalau nak lagi pelik, klik satu2 gambar untuk version hebat...


mari berarak...

jalan laju2...

Hamamatsu seperti bandar2 di jepun yang lain dibahagi2kan kepada daerah2 atau kampung2 kecil. Kampung yang saya tinggal namanya Sumiyoshi, cuba sebut sekali lagi... Ya betul... Sumiyoshi. Kampung sebelah namanya Johoku, tempat Shizuoka University bertapak. Ada satu kampung lagi namanya Shijimizuka...


budak comel dalam rumah kampung...

Jadi, setiap kampung akan buat satu rumah kampung dari kayu dan beroda. Rumah2 ini akan diisi dengan orang2 kampung yang pandai bermain alat musik... Pada hari kawad, rumah2 ini diheret ke bandar Hamamatsu yang pada waktu malanya ditutup kepada laluan kereta dan motor. Orang2 kampung akan berkawad sambil mendendangkan lagu seperti mereka main di 'kite festival' yang lagi sekali saya katakan, tak sedap :) Ditarik sekali rumah kampung mereka. Macam biasa entah kenapa tak ada orang pi dekat rumah kampung tersebut untuk ambil gambar. Jadi saya pun pecah tradisi dan mengejar perarakan mereka dengan kamera telefon bimbit saya... Lepas tu terus ramai pula jurugambar tak bertauliah mengikuti saya... Hmmmm...


Inilah kali pertama dan mungkin kali terakhir saya dapat menyaksikan kawad mereka. Seronok juga tengok gelagat mereka. Pada waktu rehat, orang2 kampung ini akan duduk ditepi2 lorong dan makan sambil minum... Bau 'beer' atau air kencing syaitan memang kuat time ni... Kalau iman tak kuat dan tekak dahaga, mau join... Nauzubillah...


ada ninja atas bumbung...

Ada juga liputan dari televisyen. Sempatlah saya membawa Izz Farish menjenguk2 kamera TV, dan mungkin... mungkin yaaa... mungkin saja saya dan Izz Farish masuk TV jepun :)


rumah kampung sumiyoshi...

Pada keesokan harinya, sebelum bertolak ke kedai pinggan mangkuk, terserempak pula kami dengan rumah kampung Sumiyoshi yang sudah dibawa berarak mengelilingi bandar Hamamatsu. Sempatlah berbual dengan seorang Pak Cik yang nampak macam orang kuat menjaga rumah kampung tersebut... Memang dia orang kuat lagi peramah... Dipakaikan Puan Fara banner Sumiyoshi, ala-ala ratu cantik... Lagi seronok bila dia tau kami orang Sumiyoshi... Dia ajak kami untuk menyaksikan permainan gendang pula petang itu, tapi malangnya kedai pinggan menanti... Mungkinkah dia ketua kampung Sumiyoshi??? Allahualam...


Orang Kampung Sumiyoshi... Eh, Melayu pun ada???

-Kampungku di Bangi macamana keadaannya???-

12 comments:

juwaidah said...

Izhal, you mean 'kawat' or 'kawad'? 'Kawat' tu macam utk dawai kawat.. Rasanya la.. hehehe..

Kaklong Syikin said...

hehhe..ada juga org berangan masuk siaran tv jepun

marshmallow said...

everytime i read your blogs ada aje bende2 unique yang org jepun buat kan? especially kat hamamatsu (betulke eja ni??) And i can see semangat kemasyarakatan pun kuat kat sana kan?

And i bet your stay in japan ni is a memorable experience to you and your family. Experience yang you tak jumpa di tempat2 lain.. kan?

Anonymous said...

I agree with marshmallow that you made your stay memorable. A long long time ago, when I was in US, I didn't travel much but I spent a Thanksgiving weekend at a friends house, St. Patrick's Day parade and a wedding at a small town in Iowa, etc..
ps: Read that someone's promoting you to buy DSLR, aye? :P

Anonymous said...

Ohaiyo..meriah tul orang kat sane. kalau kita menang sparuh akhir Thomas Cup ari tu misti bertambah aktiviti korang masa Golden Week.. eh..Tokyo ngan Hamamatsu dekat ke jauh?!

Izhal said...

juwaidah,
maksud aku berkawad kot macam parade... thanks...

syikin,
biasala tuuu... jadi star baru... asik2 muka jepun je dalam tv jepun ;)

marshmallow,
tepat sekli ejaannya... memang kuat sikap mansyarakat depa... bab hormat menghormati pun kuat... bab bangga budaya jepun lagi la kuat... patutlah depa ni maju...

azli jamil,
heheh... mee too... when i was in hartford all i did was stay in hartford... now things have changed :) why? somone wants to sell me a very cheap one ka???

yuuko,
Konnichiwa :) naik kereta 5 jam, naik hikari 1.5 jam saja...

Ella said...

wah mmg best betul ler coti2 golden week yer...

tgk entri bout noritake smlm... telan air liur jer... hehehehehe

Ajzie said...

Bestkan dapat tgk budaya org lain. Mcm2 leh kita tahu kan.

Golden Week, kalau dulu masa kerja..sebulan before Japan cuti Golden week, kami di Panasonic puchansing dah sibuk berhempas pulas negotiate shipment.
Hahah terkonang masa zaman dolu2 ler plak.

Salam
Ajzie

KAMATO said...

Bangi kat mana, kalau di BBBangi tu.. dah bukan kampung, tiap hari jem......

Izham Miyake said...

johoku or johorku?

Kampungmu di bangi ada ramai kawan2 saya.. hehehe

kunci hilang said...

wah! sugoi.
Dapat melawat banyak kampung dalam masa yang sama ya.

Izhal said...

ella,
syok betul golden week ni... lepas golden week macam biasa balik laaa...

Wilhelm~Achtzehn,
ya... Alhamdulillah dapat tengok... selalu dalam tv saja dapat... harap2 ada juga jepun yang seronok tengok budaya kita yaaa...

kamato,
betul tu... dulu2 tahun 1978 orang2 baru pindah masuk bangi sanggup pindah sebelum letrik masuk... masa tu pagi2 berkabus, la ni pagi2 berjerebu... tapi maksud saya dengan kata kampung bukanlah kampung, macam sumiyoshi ni juga bukannya kampung... maksudnya temmpat jatuh lagi dikenang :)

tenno miyake,
Johoku... sebut betul2... JO-HO-KU... heheh... fasa berapa kawan2 duduk??? entah2 kawan2 saya juga...

kunchi hilang,
ya, betul juga kata2 tuan... satu malam, semua kampung lalu depan kita ya...

THANKS FOR READING HAMAMATSU-NOW!!!
-black ninja-