Wednesday, May 31, 2006

Munzir in Hamamatsu :)

Baru-baru ini seorang kenalan kami dari alam cyber telah tidak dicyberkan... Maksudnya jodoh pertemuan kami dipanjangkan dari alam cyber ke alam yang fana ini :)


baru sampai dan sarapan pagi...

Nama beliau adalah Munzir Fauzi seorang fotografer terkenal dan berbakat besar di Malaysia. Macam mana boleh jumpa? Dari dunia fotopages. Waktu saya postkan gambar bunga2 sakura, dia ada beri comment yang dia nak ke Jepun... Terus saya balas ajak singgah di Hamamatsu... 2 bulan lepas tu kami berjumpa... mudah kan...


sembang2 di rumah...

bersembang dengan Munzir :)

En. Munzir adalah seorang graduan bidang kejuruteraan elektrik dan bekerja sebagai seorang jurutera. satu hari beliau berhenti kerja dan memulakan kerjaya sebagai full time photographer iaitu sebuah bidang yang amant beliau minati... Kalau boleh saya pun nak berhenti krja macam En. Munzir dan buat kerja yang saya suka... Tapi BOSS, jangan takut... Saya dah jumpa kerja saya suka kat UPM tu heheh :)


kenangan...

En. Munzir ke Jepun membawa 28 orang lagi pelajar UTM untuk program homestay. Dia sendiri ada 3 keluarga angkat di Jepun... Satu di Nagoya, satu di Osaka dan satu di Tokyo... Pagi yang kami jumpa dia tiba tepat di waktu dijanjikan yakni 9.44am... Tepat betul dia sampai, iyelah datang naik Shinkansen heheh... Jadi sempatlah kami bersarapan, berkongsi pendapat, makan tengah hari dan snap2 gambar lebih kurang heheh... Kemana dia pergi, beg penuh dengan lens, alat tipu kamera, filter, bateri dan lain2 alat kamera menjadi teman... Sekejap sangat kami berjumpa sebab jam 1.44pm beliau terpaksa bertolak ke Tokyo pula...


bye-bye Hamamatsu...

Munzir the great and Izhal the great :

Kalau Tuan-tuan dan Puan-puan perlukan perkhidmatan fotografi profesional, bolehlah hubungi En. Munzir iaitu taukeh MZR Solutions... Bukan setakat pandai mengambil gambar, dia juga pandai bersembang dan menerangkan teknik2 fotografi supaya mudah kita faham...


dendang perantau...

selang satu generasi...

ibu dan anak...

Di atas adalah antara hasil2 tangkapan beliau dalam masa 3 jam di Hamamatsu... Kalau lagi lama, habis satu bandar di rakamkan oleh En. Munzir... Kepada semua sekali kami pelawa, sesiapa yang ke Jepun dan lalu di bandar Hamamatsu, silalah beritahu dan jenguklah kami di sini :) Munzir, thank you for really visiting Hamamatsu Now!!!

-Izz Farish, Faiq, Fara, Izhal, Tok Mak dan Tok Ayah-

18 comments:

Literature Sushi said...

Mesti dah dpt tips camne nak tangkap gambar yang best2. Boleh le share info berguna itu ;)

Izhal said...

Raiedzall,
tips dia... snap the right moment dia kata... heheh... tips lain, nanti lain kali kami jumpa saya dan kalo dia bagi tau, saya habaq :)

aNIe said...

kalau izhal dah dpt tips...mesti nanti gambar2 yang akan datang...lebih cantik...

KAMATO said...

saya dah tenguk photopage sdr munir ni, ok very profesional..

Mister Curmudgeon said...

damn..

terus hensem muka ko....

heheh.

simah said...

salam perkenalan..

anak anak u comelll..suami rambut panjang..isteri rambut pendek heheheh anak anak lak nak ikut sapa?

Ajzie said...

Best ada kawan datang kan.. Pandai ambil gambau plak tu..Pas ni sure Izhal san san nye gambau lebih cantik2 nih..

Anonymous said...

puan fara nampak jelita & muda berambut baru..... :)..hmmm entah bila dpt ke jepun..

Anonymous said...

Your first TT session, aye?
Hmmm... Looking at the photos Munzir took, I realize something about MUPA. It stretches pictures vertically.
Mr. Hamamatsu, more jogging! :P
ps: I've updated

Izham Miyake said...

ok pe rambut panjang.. macho beb..

eh u dah gemuk ke izhal.. ? hehe...

hari2 update.. rajin betul.. mesti bestkan orang dtg melawat rumah..

Izhal said...

kak lady,
ya mungkin bertambah merlertops la gambar 2 dalam blog ni :)

kamato,
yep, that why he can afford to quit his makan gaji job and be a full time photographer... he got guts... i really respect people like that...

fretsurfer,
iye ke... jap kerusi ni tak cukup besar nak kembang ni... heheh...

simah,
salam perkenalan... hmmm... semua macam ikut abah kot... heheh...

ajzie,
yep, lepas ni memang merlertopsla shahin (gambar) saya ;)

zeed,
arigato ne... puji gambar sapa? gambar saya amik ke Munzir amik?

alin,
ooo dia memang begitu... arigato ne... rambut dia saya yang trim... ;)

azli,
yes... 1st TT session... i was just waiting for someone to comment between the differences between MUPA and Munzir shots... what do you mean streches pictures vrtically??? look at Munzir's bokeh... thats what I want to create using MUPA... dont know how... have to design a new BOKEH lens I guess... :P

Izham Che Ros,
jap jap nak kembang... ha ah gemuk sket la... tu yang layan jogging petang2 la ni... balik kang nak jumpa Mr. Azli for a photograph session... time tu kena fit :)

Anonymous said...

iz..bezakan pro dgn tak pro amik gambar. gambar solo u tuh cun giler.

Ella said...

izhal... moga dpt mengambil gambar dgn lebih jayanya slps nie....

ops dah blk upm nti gaya yg sama ker style rambut dah lain hehehehe.... kot2 terserempak kat upm tak kenal plak nti kekekekeke.....

Mama Sarah said...

yea betul, saya setuju dengan anonymous!

gambar solo 'dendang perantau' cun.

p/s: bersihnya rumah. pandai pn fara menjaganya.

maklang said...

Maklang ni bila pulak nak jumpa teman di alam cyber...nak jemput datang ke rumah ni. Nak masak sedap2. Izhal nak jadi tetamu pertama?????

Jo Kontan said...

Whoaaa, Nice Shots. Good Composition and Outstanding depth of field. Nak gi jap kat MZR Photopages

HR said...

How I wish I could meet up with interesting people from the cyberworld. I really wish it would be as easy as said..

Izhal said...

anonymous,
thats righ... gambar cun sebab model cun ;) oh camera dia 8mega pixels, my camera is a mobile phone camera with 1.3MP...

ella,
macam tu la, simpan rambut ni sampai dekan bising kot heheh...

mama sarah,
sure Munzir seronok dengan komen ni... Puan Fara pun sure seronok dengan komen ni... Arigato-ne :)

maklang,
Thank you for the offer... teringin nak makan maklang punya cashew nut chicken tu :)

jokontan,
tu dia baru guna lens short zoom dia... kalau dia gunakan lens senapang gajah... pehhhh...

hanis,
it's difficult? i guess not, but its risky... you might end up meeting a freak heheh...

THANK YOU ALL FOR VISITING HAMAMATSU NOW!!! and MUNZIR, THANKS FOR DROPPING BY :)
-izhal and the lot-