Friday, May 19, 2006

Kedai Memancing 'Sakana' :)

Kaki pancing kalau datang ke Hamamatsu pasti puas hati dengan kedai pancing disini... Macam biasa kalau masuk ke kedai pancing akan disambut dengan perkataan "Irashai Mase"... Maknanya bukanlah "selamat datang ke kedai pancing", maksudnya "selamat datang"...


joran...

Bila masuk saja kaki pancing sure pening lalat dulu... nak pergi mana agaknya? nak pergi bahagian joran ke nak pergi bahagian mata kail... jangan panik, semuanya tersusun... sebelah kiri semuanya benda bukan hidup dan sebelah kanan semuanya benda2 hidup :) semua benda2 ni kalau dibeli boleh buat ikan jadi tidak hidup...




mesin kelili...

di bahgian benda bukan hidup, ada joran, mesin kelili, mata kail, tali dan segala alat yang boleh mematikan ikan... heheh... ada juga peta tempat memancing dan jadual air turun naik supaya pemancing2 Hamamatsu tahu apa mereka buat...


yang ni kalau dah tak tahan bolehlah beli...

umpan tipu...

di bahagian benda hidup ada dijual umpan hidup... anak udang, cacing, cacing berkaki, haiwan jijik dan macam2 lagi... kalau geli nak pegang jangan bimbang... panggil saja petugas kedai... dia pasti membantu dengan senyuman manis... tapi jangan tertipu dengan senyuman manisnya, barang2 memancing di Hamamatsu mahal sangat kalau dibandingkan dengan negara-negara lain... tiba di kaunter pembayaran, tengok 'grand total' boleh jadi nyawa-nyawa ikan kita punya beg duit... patutlah dia senyum... bukan begitu, depa ni kalau layan kita memang dengan senyuman...


udang sepit besar sebelah...

umpan fear factor...

peh...

sebenarnya dah lama saya nampak kedai ni... malu2 nak masuk sebab tak ada perangsang... satu hari, lepas dikhabarkan nak pi BBQ waktu golden week ditepi tempat berair besar, terangsanglah saya nak masuk kedai ni... satu benda je tak beli lagi, lesen memancing di sungai... ya, memancing disungai mesti ada lesen yang boleh dibeli disini... tapi kalau anda nak memancing di tasik ataupun laut, pakai lesen memandu pun boleh... tak ada orang nak saman walaun lesen dah expired :)

-'sakana' maksudnya ikan-

32 comments:

Kaklong Syikin said...

Allah..kembang pulak tekak tgk umpan2 hidup tu..gambar bawah sekali tu cacingkan? mcm colourful pulak warnanya

Kaklong Syikin said...

eh..lagi seklai tengok..mcm lipan..hmm

Kaklong Syikin said...

eh..lagi seklai tengok..mcm lipan..hmm

Izhal said...

Puan Syikin,
apa entah nama binatang tu... dia dok dalam tanah dan banyak kaki... bersegmen2 badan dia macam ulat gonggok... dia ada mulut yang boleh gigit... geli gila tapi Puan Fara selamba je pegang...

Anonymous said...

Tuan Izhal,

Pergi ke sungai memancing ikan,
Anak ditangkap Ibu hiba,
Kalau dapat sebesar lengan,
Masaklah ia ingatlah hamba.

Ikan kekek mak iloi2,
Ikan gelama mak ilai2,
Kalau Tuan ke Jeramtoi,
Jangan lupa makan ikan salai.

Joran ditarik joran dilepaskan,
Duduk pula ditanah mendap,
Jangan Tuan merahsiakan,
Ikan apa yang paling sedap?

Umpannya cacing talinya dawai,
Ikan Peksak Ikan Siakap,
Tuan memancing ikan disalai,
Siapa masak ikan ditangkap?

Hendak makan ikan haruan,
Baru disapa tanah mendap,
Banyakkah ikan tangkapan Tuan?
Masak apa paling sedap?

Masak ikan dalam kuali,
Masak pula dikedai Pak Man,
Kalau Tuan menangkap keli,
Siapa pula menjadi teman?

Duduk berdiri tinggi lampai,
Ikan bersila tangan mengaut,
Lesen dibeli Tuan ke sungai,
Bila pula hendak ke laut?

-YAZIT WAS HERE-

Anonymous said...

FAT MAN WALKING WAS HERE

Anonymous said...

Sorry Iz, saje nak conteng-conteng

KAMATO said...

Kat jepun susah nak mancingkan...

Edoras said...

Apa itu Umpan Fear Factor? Lain ajer bentuk nye...hahaha...

Anonymous said...

sepesen jer aku tgk bentuk umpan tu..muhehehehehe

HR said...

Haha! Umpan tu memang unique.. Jauh beza from what my always buy..!!

Anonymous said...

Menengok umpan fear factortu.. terkekek-kekek ketawa..

memancing ikan kena ada lesen, memancing orang jangan sekali.. marah puan Fara nanti..

Oh ya.. yg izhal cakap 18 needletu is mantoux test kalau dia reactive measurement above certain level, means org tu ada TB.

Anonymous said...

Glad to hear he's OK :)

Ajzie said...

sama gak mcm kat German, nak pancing mesti ada lesen..kalau tak kena saman. Kat sini banyak cacing..lagi2 after hujan..berebut2 mereka keluar kejalan raya berguling2.

Mister Curmudgeon said...

wah, umpan pelik. cacing ada kaki atau sensor extra? mesti pelik bila cuba nak pegang.

FaEzHussain said...

eiii geli saya tengok umpan2 hidup tu.

dah lama tak memancing ni, dulu2 masa undergraduate selalu gi pancing, sampai la terpancing abg senior yg sekarang ni hubby saya dah..heheh...

so, tuan tak jadi memancingkah hari BBQ tu sebab takde lesen?

Faisal Zain said...

sama la macam Wilhelm~Achtzehn said...kt germany mmg kena ada lesen memancing utk pastikan pemancing tau berenang.agar tepi2 sungai tidak dipenuhi dgn pemancing2 nanti.tapi kalau nk pancing awek takyah ada lesen tp kena ada ilmu la.hehe

Literature Sushi said...

Cacing berkaki itu adalah sangat mengerikan tapi sebenarnya kalau tengok betul2 agak comel jugak..

Tapi saya ada kawan sebelah rumah yang kaki pancing, kalau masuk kedai tu dia sure tak nak balik punye.. (he..he.. jgn mare Abg Shuk)

Anonymous said...

Adooi... ni kalo kawan saya nampak nih, mau berjam-jam duduk dlm kedai tu belek equipment pancing... Mmber semua minat pancing, balik kerja terus memancing... Pernah try, tp jiwa tak boleh sebati la... LOL LOL

anggerik merah said...

Izhal, gelinye tengok umpan tu...

I hope you don't mind if I link yours to my blog?

maklang said...

haiwan jijik tu ape?

Rasa macam gi kedai tu pulak. Bagus letak banyak2 gambar...camni tak yah gi Jepun tak pe...

Anonymous said...

sampai kat umpan2 fear factor tu punya gambar, tekan link comment pastu terus scroll laju2 kat atas balik!!!

zino said...

ni yang timbul minat nak mancing ni hehe

Izhal said...

yazit,

buletin utama berita terkini,
berita muktamad tetantang saman-menyaman,
rasa hamba dalam dunia ini,
ikan teruboklah number one...

Tuan Yaizt otai pengakap,
mesti pandai buat api berbara,
tukang masak ikan yang ditangap,
siapa lagi kalau bukan Puan Fara...

masa kecil minum susu,
bila dah besar masuk pengakap,
setakat tinggal di Hamamatsu,
seekor pun belum berjaya ditangkap :P

pergi memancing naik sampan,
sampan dipinjam dari abang azman,
sebab dibawa berjenis-jenis umpan,
cacing dan ulat menjadi teman :P

tiba-tiba terbau hancing,
terus terlepas pohon dipaut,
sebab tiada lesen memancing,
waktu bbq sudah ke laut...

kawan Puan Fara namanya Kartini,
teman sekolah bermain api,
tak perlu diminta izin disini,
conteng sajalah kalau Tuan happy...

Kamato,
Kat tempat Kamato dulu susah ke? Hamamatsu senang je...

Edoras,
Entah... memang tak tahu apa bendanya itu...

Fadzliali,
heheh... fesyen apa tu agaknya ya...

hanis,
ha ah, terutama umpan fear factor... mulanya ingatkan perut ayam, tapi tengok2 dia bergerak2...

Easylady,
oh ya ka... thank you very much... kang boleh reconfirm ngan Dr. Nagao baliklah... hmmmm... Easylady ni tak ada kawasan di Cybrland yang kami boleh lawatka???

Azli Jamil,
Thanks... Us too...

Ajzie,
Cacing yang besar2 tu ka??? Tak silap waktu malam pun banyak keluar kan??? Orang amerika panggil 'Night Crawlers...'

Fretsurfer,
Saya pakai glove nak pegang... geli dude...

FaEzHussain,
masa tu pakai umpan apa??? umpan solek dan minyak wangi memang boleh mengena... heheh... Itu hari BBQ pi tepi laut, so tak ada pakai lesen...

Faisal Mohd Zain,
ooo itu sebabnya kena ada lesen ya... thanks... hmmmm awek takdak nak pancing boyfriend ka??? asyik2 awek j yang kena pancing... tapi zaman la ni nak pancing awek nak kena ada YEN... heheh...

Raiedzall,
ya comel... dan kelebihannya dari cacing, bila direndam lama tak layu... panjang umur... Abang Syuk sure suka tangkap trout kat sana nooo...

Jemster,
nanti kalau ada jodoh saya turun langkawi, saya bagi Jemster minat memancinglah... heheh...

Anggerik Merah,
No, it'll be an honor :)

Maklang,
Haiwan jijik tu adalah Umpan Fear Factor tu... heheh... Aish, kena mai amik gambaq sendiri baru maklang... amik cuti sebelum bulan 9 ni, silakan mai... ni ada sorang geng fotopages Insya-Allah kalau panjang umuq minggu depan dia sampai Hamamatsu... dia nak snap gambaq Hamamatsu... heheh...

Crimsonskye,
fuuu... sory, tak tau pulak sampai ada orang geli sampai cam tu... heheh...

Zino,
yeah... macam kes pinggan mangkuk, walau tak minat tapi kalau kenabrainwash sure minat punyaah... heheh...

Anonymous said...

Tuan Izhal,

Bukanlah hamba tidak mahu buka blog pantun tapi sesungguhnya hamba ini tidak reti.

Dan ilham nak buat pantun pun susah nak datang tetapi dek kerana anda-anda bloggers semua ilham yang datang mencurah-curah.

Teruskanlah usaha-usaha anda semua kerana dalam masa yang sama anda telah membantu orang lain mengasah pemikiran.

Syukur Alhamdulillah.

Terima Kasih kerna memberi peluang kepada hamba mensenikan diri ini.

-Yazit-

Anonymous said...

gambar last tu takleh blah la encik mupa,geli ahhhh hahaha

Anonymous said...

umpan fear factor tuh geli betoi cek tgk..heheh :p

Shu said...

saya pernah dengar satu lagu.. "sakana sakana sakana.." lepas tu dah tak tau dah.. anak cousin saya slalu nyanyi masa diorg baru blk dr jepun.

Izhal said...

Yazit,
heran betul... tak pantun plak kali ni...

Ijad,
heheh... kalau tengok live lagi geli...

Suhaimi,
heheh... tapi fokus out la umpan tu... dia dok dalam ayaq...

Shu,
Hahahahahaha... lagu tu kadang2 terngiang2 dalam kepala saya... lagu tu didendangkan di Jusco di Malaysia juga dekat tempat menjual ikan... Lagu promo jual ikan agaknya...

Thanks for Reading Hamamatsu-Now!!!
-izhal abdul halin-

Mohd Basiran bin Md Jamil said...

Ikan sepat buat pekasam
Ikan keli dimasak pecal
Macamana nak pancing
Joran patah sebelum beraksi

Unknown said...

SALAM...BOLEH X SENT ALAMAT KEDAI MANCING NI..?

Unknown said...

SALAM...BOLEH X SENT ALAMAT penuh KEDAI MANCING NI..?