Friday, May 26, 2006

Hamamatsu Zoo

Di Hamamatsu juga terdapat penjara haiwan atau nama lebih sedapnya Zoo... Ianya trletak di Kanzanji, satu kawasan yang mengambil masa 30 minit dengan kereta dari rumah kami... Ianya terletak dekat salah sebuah tebing Tasik Hamanako yang kami pi BBQ baru2 ini...


pintu masuk... macam zoo negara sikit...

dalam zoo...

Harga masuk dalam 400yen bagi dewasa. Tak macam Zoo Negara, tiada KFC. Zoo Hamamatsu ni juga kecil... Jadi taklah sampai muak tengok binatang dalam kurungan...


serigala ni lari2 tak berhenti...

binatang ni menari2 tak berhenti...

macam garuda besarnya...

rumah burung pula dibebaskan burung2 dalamnya... paling kerek adalah sang merak jantan... asal ada saja burung merpati dekat dengan dia, terus dia mengembang dan menggetarkan badan... ada bunyi macam whooooooosshhhhhhh... dia ingat sang merpati takut, tapi saya tengok dia sang merpati buat tak tahu saja...


belakang jantan...

depan jantan...

merak betina...

merak versus merpati...

dah mati....

penguin...

Yang seronok ada taman permainan kanak2 dalam Zoo sini. Yang tak seronok, anak2 pasti nak bergayut dan malas nak round2 dalam zoo... Ada kawasan belai binatanag seperti arnab dan kambing. Tapi saya tak dan nak shoot. Mungkin Puan Fara shoot pakai camera dia...


kangaroo dan haiwan comel...

tempat duduk2...

snow cat...

manusia...

Tempat2 khas untuk merokok juga disediakan. Ya, di Hamamatsu memang bebas untuk merokok tapi kenalah pada tempat yang dikhaskan... Kalau tak salah di segi undang2...


tahi gajah dan gigi gajah...

gajah dan penjaga gajah...

Zoo sini bukak pagi dan tutup pukul 4.30pm. Tapi kalau round slow2 pun mungkin 2 jam 30 minit boleh habis. Kami sampai pukul 3pm... Jadi tak sempatlah saya nak ambil gambar beruang malaysia (malaysian brown bear) untuk dipaparkan disini... Adalah dalam 3 kor... Mungkin Puan Fara ambil, entah... Yang tinggal hanyalah pencuci kandang... kalau nak tengok gambar haiwan kat zoo hamamatsu lagi ada di fotopage saya...






Tapi itulah dia, zoo ni penjara bagi binatang. Patut depa ni bebas... Iyelah, mana ada depa buat salah apa2 nak dikurung macam ni. Memanglah kita bagi depa makan semua cukup, tapi kalau depa duduk bebas pun rezeki depa ada...

-lama dah tak pi zoo???-

21 comments:

juwaidah said...

kenapa zoo ni tak ramai pengunjung? nampak macam korang je yang memeriahkan tempat tu...

Anonymous said...

Saw a Nike ad and first thing that came to mind was 'bola cap betul'.
Still funny :)

Mister Curmudgeon said...

begitu jugak ngan bebudak asrama. mengapa mereka dikurung? mereka tidak bersalah...

maklang said...

bestnya...asyik gi jalan2 je...

Izhal said...

Juwaidah,
ramai orang, tapi buat apa nak snap gambar depa ye dak ;)

Azli,
heheh... cap betul is making millions... we at least should be able to laugh to them a little :D

Fretsurfer,
Ha ah... mungkin kerana rupa mereka macam monyet, jadi mereka dikurung oleh warden yang rupanya macam penjaga zoo... heheh...

Pulsating for aeons,
mana ada dia nangis... tu dia tenga bercerita dan siap bergaya...

maklang,
tak lah selalu, tapi mulai sekarang Insya-Allah boleh lagi kerap ;) project baru sangat siap!!! heheh...

KAMATO said...

sama je ye binatang malaysia ngan jepun....

zino said...

dah lama tak pegi zoo.. tapi zoo malaysia ni sejak zaman dulu sampai zaman sekarang tak pernah berubah.. sama je..

apa yg nak di ubah ya tak hehe.. binatang tu je yg boleh di kurung..

Anonymous said...

izhal, masa you kat asrama dulu kena kurung juga ke?

Literature Sushi said...

dulu kat Zoo Taiping ada monyet terkecil di dunia, besar tapak tangan je.. kiut betul...

anggerik merah said...

Best nyer pegi zooo...Gajah pun ada?

Anonymous said...

izhal... bila ckp pasal zoo nie sejak stay sini tak jejak2 lg perth zoo... walhal tak sampai 10mins pun fr our hse...

plan dah berkali2 plan... tp x jdk gak huhuhuhu...

Ikelah said...

nampaknya manusia kalau nak merokok kena masuk kandang juga jika di zoo hamamatsu. perokok juga tak bebas.;)

di malaysia tempat tinggal binatang sudah berkurangan kerana pokok di tebang, sebab itu gajah masuk kampung, monyet masuk kawasan perumahan, kucing hutan digelek tayar di jalanan. maka tempat selamat masuk zoo.:(

Anonymous said...

bersih kawasan zoo dia...perasan x, ngape yek haiwan jantan lebih cantik dr haiwan betina...?

Izhal said...

kamato,
iyelah, nak beza macamana lagi. rimau tetap rimau, gajah tetap gajah. beruang malaysia pun ada kat sini...

Ir Zino,
mungkin depa boleh ubah harga KFC :D

mama sarah,
biasala tu... semua kena...

raiedzall,
ooo igat dulu ada masuk surat khabar...

anggerik merah,
ada... gajah dan artifek2 gajah macam dalam gambar tu...

ella,
you'd better go... kang nyesal pulak tak pi... sebelum kesejukan winter nemerkan pergilah...

ikelah,
memangbetul, kalau tengok google earth bahagian KL dah tak ada hutan... penebangan hutan tak terkawal juga antara sebab banjir kilat berlaku...

alin,
menurut para saintis, haiwan betina tak perlu menarik supaya bila mengeram telur tak keliahatan ketara oleh musuh... haiwan jantan mesti menarik supaya garang dilihat oleh musuh...

Edoras said...

Tak byk binatang jer...

Ajzie said...

lum pernah bawak Alya & Haziq ker zoo..hahah. Sini mcm tak de zoo aje..ker kami yg tak tahu??

Huhuhu

Izhal said...

edoras,
ha ah, kecil je zoo sini...

ajzie,
ada kot... takkan takde... tapi entahle... heheh...

kunci hilang said...

ya.. lama benar tak pergi zoo.
kali terakhir mungkin ketika berusia 7 tahun dulu. Dan itulah juga satu-satunya kehadiran saya ke zoo sehingga hari ini.

Izhal said...

kunci hilang,
lama benar tu tak pergi... tapi rasanya tak ada apa yang berbeza... tak pergi pun tak rugi :)

Thank you all for rading Hamamatsu-Now!!!
-izhal abdul halin-

Kaklong Syikin said...

hai, 3 entries saya tertinggal ni. tp mulakan drp sini dulu.

last pg zoo negara sekitar 2002. walhal dekat jer kat area rumah, dlm 15-20 minit je.

eh, nampak lengang zoo tu..

Izhal said...

Syikin,
Puan ni memang tak ketinggalan mana2 blog... hebat :) ooo dok dekat hulu kelang ye? saya memang suka zoo... last time pi zoo negara jumpa anak kelawar sesat...