Thursday, May 25, 2006

Wayar Hamamatsu...

Siapa kata sekarang kita tinggal dalam zaman moden??? Hmmmm... Tak cukup moden lagi bagi saya. Iyelah, penyampaian tenaga masih melalyui wayar2 serabut yang menjadi tempat tenggekkan burung2... Heheh...


transformer...

spiderman???

Tidak ketinggalan kota Hamamatsu ku ini. Mula2 Puan Fara sampai dia kata serabut betul wayar2 sini, mengalahkan Malaysia... Bukan setakat berselirat, berpintal-pintal pun ada... Wayar telefon ada, wayar letrik ada dan entah apa lagi jenis wayar ada... Kalau spiderman tinggal di sini, bahaya...


mana gagak???

Tapi walaupun macam tu, jarang sekali dihinggap oleh si gagak... mula2 saya pun pelik tapi kalau tengok, tak ada sampah... patutlah tak ada gagak... Kalau spiderman tinggal di sini, tak ada gagak yang boleh ditangkap...


wayar dan tiang elektrik...

Di kawasan sekitar Hamamatsu ni wayar2 memang terlalu bersepah... Tapi dalam bandar tak nampak pula... Mungkin sebab Bandar Hamamatsu dirancang dengan teliti dan kawasan2 sekitarnya dah lama wujud waktu mereka belum merancang... Tapi walaupun baru bandar terancang Hamamatsu ini, rasanya dah lebih 20 tahun... heheh... Allahualam...


pandangan dari jalan raya...

Jadi ini adalah satu kelemahan kawasan pinggir Hamamatsu... Ya, walaupun selalu saya puji ada juga yang lemahnya... Tapi mesti ingat, inilah negara termaju didunia... Walaupun orang kata barat maju, bagi saya Hamamatsu paling maju... Maju dalam kuno pada masa yang sama... Maju dari segi keselamatan, ketatasusilaan, teknologi tapi mundur dari segi pendawaian... Mungkin spiderman tidak tinggal di sini...

-V=IR-

15 comments:

juwaidah said...

Patutnya you jadikan entry ni sbg 'a tribute to spiderman' sbb banyak sungguh perkataan spiderman yg digunakan! ;) Anyway, kalau spiderman ada kat situ, dah jadi spiderman rentung la kot..

Kaklong Syikin said...

saya yg tengok pun serabut :)

confirm spiderman tak mo tinggal kat sini,sebab senang kena letrik :0)

Izhal said...

juwaidah,
tu la spiderman kena jadi hero kat barat... kat belah2 sini macam sin chan semua la survive...

syikin,
lama-lama tengk nanti ok :)

Izham Miyake said...

tapi best apa.. ada banyak wire2 cenggitu...

selamat sikit pencuri susah nak lompat dari rumah ke rumah..

KAMATO said...

macam ni kalau spiderman nak dtg mamamatsu kena pakai baju plastik la...he he, kat sini ada gak cable tapi cuma cable traim, tak la sampai berserabut macam tu...

Literature Sushi said...

Tak dapat le main layang-layang sekitar Hamamatsu ni kan..

Shu said...

wah.. igtkan di jepun dah tak mcm tu.

tapi di malaysia pun, di Istana lagi.. wayar2 berserabut juga.

Anonymous said...

Never seen such serabut :P
ps: What is '-V=IR-'?

Anonymous said...

hukum ohm

zino said...

spiderman tak boleh idup kat situ asyik terlanggar wayer.. bila trip mesti org marah kat dia hehe

Ikelah said...

yea... berserabut kalahkan malaysia. kalau spiderman tak tinggal di hamamatsu, mungkin cat woman kot. the alley nampak bersih.

Ella said...

hehehehe saya sokong... apa yg sume cakap ler....

Izhal said...

tenno mikaye,
hahahaha... mungkinlah sengaja disreabutkan begitu... ninja pun takut...

kamato,
baju plastik boleh selamatkan dia ke? heheh... ha ah, erope memang dah diplan begitu lama dengan sistem bawah tanah yang eloborate...

raiedzall,
kat tepi2 jalan tak dapat... kat padang boleh :)

shu,
macam ni juga... istana mana? istana negara???

azli jamil,
V=voltage, I=current, R=resistance...
as stated by the anonymous smart guy/girl, its ohms law. Mr. Ohm stated that a voltage would drop acorss a resistor by an amount proportional to a current flowing through that resistor... This is the basic formula for every electrical equipment, even CMOS image sensors :P thanks for asking :)

anonymous,
hebat... :)

zino,
hahahaha... itulah sebab ultra man saja dok sini...

ikelah,
serabut kan... cat woman, ha ah... mungkin juga ;)

ella,
ya saya juga menjadi penyokong mereka :)

fynn,
ok thank you so much...

FaEzHussain said...

Tuan Izhal,

ooo patut la godzilla (or as mamat jepun tu sebut god-jilla) hanya muncul di New York, sini manyak wire rupanya.

Izhal said...

FaEzHussain,
mungkin juga... Selamat sikit serabut macam ni ya... heheh...

Thank you all for visiting Hamamatsu-Now!!!
-Faiq-