Monday, May 29, 2006

Spray Pokok Sakura...

Pagi tadi bunyi lori kuat sangat di luar tingkap. Bila menjengok, memang ada sebuah lori yang dibelakangnya ada 2 tangki penuh bahan kimia dan sebuah pam yang digunakan untuk mengepam bahan kimia tersbut keluar. Patutlah bising. Ada 3 orang lelaki, seroang tukang spray bahan kimia, seorang tukang jaga paip hose dan seorang lagi tukang cover kereta supaya tak terkena bahan kimia...


lori...

atas lori...

racun serangga...

Setaip kali sebelum musim panas memuncak, datanglah lori ini untuk spray pokok sakura. Notis akan di tulis dibawah dalam bahasa Jepun bahawa aktiviti ini akan berlangsung. Oleh kerana kami ni buta huruf jepun, pak cik tuan rumah akan mai bagi tahu sendiri siap tulis notis khas untuk kami dalam bahasa inggeris tentang aktiviti spray ini...


pokok sakura...

mr. spray man...


mr. cover kenderaan...



racun serangga yang depa pakai ni bau dia tak kuat mana... serangga yang depa target adalah 'semi' ataupun lebih dikenali di Malaysia sebagai sang riang-riang...


pindah ujung...

Riang2 ni adalah trade mark negara jepun di waktu musim panas. time nilah depa keluar dari tanah dan mula memekak siang malam dengan ramainya... memang kadang2 terasa binggung dengan perangai riang2 ni... apa boleh buat, dah semulajadi macam tu... seekor riang2 hidup dalam mode memekak selama 2 minggu sahaja... time ni depa mengawan... musim sejuk depa dok dalam tanah munkin dalam mode ulat...


panjangkan kren...

spray dari kren...

herannya, tiap kali spray semi masih ada... rasa2nyalah depa srpay tak bagi mati semua... hanya tinggal yang kuat saja... kalau tak nanti pupuslah pulak semi... jepun ni kan prihatin terhadap alam semulajadi...


racun di tingkap...

Oh, kalau heran macamana handphone saya boleh zoom untuk ambil gambar2 closeup ala profesional hari ini, meh saya bagi tahu. Saya pakai Binocular yang saya pegang depan kanta handphone... tu je... heheh... Kalau nak tengok gambar closeup dari handphone ni lagi click sini

-apa khabar Isnin ini???-

7 comments:

Anonymous said...

I was about to write "Making full use of your tele" then I reached the ending and you gave away your secret.
Btw, the text looks big. Why?

Izhal said...

Azli,
yeah its big aint it... I thought it would be easier for people to read... sometimes I strain my eyes reading my own blog :P

Literature Sushi said...

Saya perasan ada motor kapchai dlm gambar tu.. ramai ke org jepun naik kapchai? Kat Sheffield ni tiada spesis motor kapchai la, rindu pulak rasanyer kat motor kapchai ku di Malaysia ;)

Izhal said...

Raeidzall,
Ada banyak betul... Tapi seat dia macam dalam gambar tu... ada satu saja tempat duduk... tak boleh naik dua orang atau berlima ;) la ni dah banyak skuter moden yang menggantikan kapchai, tapi kapchai masik di guna pakai :D

Izhal said...

Thanks for reading Hamamatsu Now!!!
-izhal-

Kaklong Syikin said...

dah close comment ya? saya nak komen gak :). suka tgk tulisan besor2 ni, tak perlu bulatkan anak mata :)

bagusnya depa cover kenderaan tu, yelah, nak elak kena saman kot. kiranya riang2 ni penghuni setia pokok sakuralah bila tiba waktunya?

Izhal said...

Sykin,
heheh... mana ada close comment :) ha ah, bukan setakat pokok sakura, semua pokok dan kalau tak tutup tingkap dalam rumah pun depa nak menghuni... riang2 siniwarnanya hijau gelap, tak macam kat malaysia hijau muda dan lagi lawa di malaysia :)