Semalam aku sedikit 'confused' pasal satu paper yang nak ditulis untuk seminar lab. Pikir punya pikir punya pikir punya pikir last-last dapat la satu topic. Apa lagi terus menaip la. Tajuk tu sangat2lah mengkhusus jadi takde masalah la kalau nak buat paper 2 muka surat.
front page
Very compact paper, explaining the whole idea of the chip in a nutshell...
Lepas tu aku jumpa la sensei aku untuk mintak restu tajuk tu. Dia angguk lepas tu dia tenung lamaaaaaaaaaaa kat tajuk aku tu. Lepas tu dia cakap satu benda yang memang syok. Tergelak jugak la aku depan dia time tu. Dia kata "Hmmm You're actually in the leading position of this group, so you should explain the whole project to everyone",sambil dia angguk2 kepala style jepun setuju gila-gila. Wah wah wah, kembang semangkuk beb. Aku dah dijadikan BIG BOSS group aku. Aku masuk dikalangan BIG BOSS-BIG BOSS lab aku ni...Apakah maksudnya jadi big boss ni??? Adakah UPM akan menambahkan elaun aku supaya aku lebih kaya? Adakah aku mendapat seaorang driver? Adakah aku diberi tempat parking basikal khas di universiti??? Hehehe... Maksudnya, kerja kena datang awal, balik paling lambat. Semua benda kena tahu. Pendek kata kerja beratlah, TAPI... Iye ada TAPINYA... Tapi jadi big boss ni kita boleh delegate kerja kat orang dengan senang. Kita senang, depa pun senang, semuanya senang... Kerja aje berat... Kita di'respect' selagi kita ni respect kat orang dan tahu banyak benda yang related dengan kerja. Satu benda yang tak syok, orang kuat bawah aku sorang sikit lagi nak graduate masters dia dah. Dia akan pi kerja kat kilang SHARP. Good for him but bosan betui... Alhamdulillah...
If you're interested in this paper, contact THE BIG BOSS...
4 comments:
Big boss, apa stail engko duduk tu? tenung cicak ke?
Heh, aku harap ko tak pening kepala macam aku jadi "big boss" ni. Tapi aku rasa mungkin ko okay kot. Aku ni silap haribulan rambut dah takyah potong dah. gugur semuanya. I miss my tech work :(
"Big boss, apa stail engko duduk tu? tenung cicak ke?"
Style BIG BOSS tengah pikir nak makan apa pulak...
hmm... Ni Aidil cerita kat aku. manusia ni ada empat category.
1. "Bila bisa kita makan pada hari ini?" Orang yang kais pagi makan pagi. Tak tahu when the next meal is coming.
2. "Apa bisa kita makan pada hari ini?" Orang ni higher class sikit, mampu nak makan so boleh pilih apa nak makan
3. "Di mana bisa kita makan pada hari ini?" Ni lagi higher level punya manusia. mampu makan kat luar. So boleh pilih je kat mana nak makan, price, no worries.
4. Aku nak cakap manusia ni level tertinggi tu susah gak, sebab kengkadang orang level rendah yang perasan level dia tinggi pun camni. Ayat dia - "Siapa bisa kita makan pada hari ini?"
Jadi sebab kau cakap ayat yang nombor 2, kira kau Big Boss yang okay lagi kot. Jangan masuk peringkat ke-4 tu dah le.
Hait, Wakarimashita... Arigatogozaimasu... Good advice Shahril-san,
Post a Comment