Thursday, January 05, 2006

Abang muntah, adik hampir dicucuk, Dr. untung...

Pagi ni abang tak sihat sangat. Dia muntah2. Habis comforter kena muntah. Ni dah masuk kali ke-3 dalam tempoh 1 bulan aku terpaksa bawa comforter ke laundry sebab kena muntah... Ni adalah zaman kuat muntah abang. Batuk sikit muntah, demam muntah, kenyang terlebih muntah. Mak dia tengok muntah abang pon dia sendiri nak muntah. Tinggal abah sorang je yang tak muntah.





Baju-baju dan selimut yang sudah kena muntah


Tapi harini rasanya lain sikit pasal muntah dia warna kuning cair. 5 minit sekali muntah sampai keluar buih. Perut abang dah kosong ni... Menurut pakar, Cik Mastura (mak sedara Faiq yang berada di Malaysia) dia sudah kena 'food poisoning'. Dia suruh Faiq minum air banyak2 tapi Faiq takmo... Dia nak tengok video je dan muntah... Video ni dah berpuluh kali aku tengok menyebabkan aku sendiri nak muntah...Hai, risau aku...



Sekejap lagi pi la Nagao Sensei. Klinik bukak pukul 2... Harap2 abang tak muntah dalam kereta atau kat klinik... tapi kalau nak muntah pun muntahlah... Izz Farish pulak alang2 dah pi Nagao Sensei, kita ambik immunization DPT dia le... Buat sementara waktu ni, sebelum dia merasa sakit kena inject, kita biar dia main penutup plastik ni... Suka betul dia main benda-benda recycle macam ni...












Macamana jadi kes muntah ni entah? Kalo food poisoning takkan disebabkan masakan Puan Fara semalam yang membuat saya terkejut... Terkejut sebab lazat.... Puan Fara, aku dan adik makan OK je... Maybe pasal abang makan satu bag makanan ringan berperisa jagung tu menyebabkan dia sakit food poisoning ni... Tak apelah, sudah jadi... Doakanlah anak-anak aku sihat balik lepas ni... Abang, get well soon!!!





Selepas pergi Dr.Nagao

Ramai sungguh buak2 kat klinik harini. Semua sakit dan tak dapat rawatan sebab haritu Dr. cuti untuk tahun baru... Menurut Dr. Nagao, Abang dah terkena bakteria perut. Bukan sebab food poisoning. Menurut Dr. Nagao, 834 kes muntah akibat bakteria ni dicatat di Hamamtsu sepanjang minggu lepas. So dia masukkan ubat dalam buntut abang...





Budak-budak sakit... Kesian...




Sebab abang sakit, Dr. Nagao suspect adik sikit lagi mungkin terjangkit. So dia kata harini adik tak payah kena cucuk DPT immunization. Tunggu seminggu. Kalau tak jangkit, bolehlah cucuk dia... Hebat adik ni, 3 kali berturut-turut pi Dr. Nagao tapi terselamat dari dicucuk... Pandai jampi apa dia ni...







Abang selepas dirawat...


Adik selepas selamat dari dicucuk...


Abang dan Adik buat kecoh... sayang betul dua budak ni...

Malam ni tunggu orang Sky Perfect TV (Astro di Malaysia) datang untuk pasang SkyPer... Mr. Fendi (dia tak mo letak gambar) datang untuk tolong translate apa yang bakal pemasang SkyPer akan kata... Jadi abang bolehlah layan cartoon netwrok sementara sakit...

6 comments:

Ahmad Javanese said...

kesian si faiq

muntah2. Adik dia dah kena enject ke lom?

Farhanah hari tu muntah gak. Muntah sebab tak mau makan ubat masa demam. Orang kasik makan ubat, dia simpan dlm mulut. Sampai satu masa, dia macam terchoke sket.... langsung semua keluar... ubat + susu :(

Abis bapak dia bermandikan muntah

HUA HUA HUA!

tapi lepas muntah dia gelak la plak
hehehehehe

tapi skang dah ok. tadi baru balik umah jumpa dia.... nampak je bapak dia terus gelak macam ada orang buat lawak antarabangsa
hehehehe

okes. hope faiq gets well soon.

DAN!

Amenda Kak Farah masak tu. Nampak sedap gila babengggg!!!!

Ija said...

ngehehe.. iza takde anak lagi so takde saper2 muntah kat iza

tapi dulu2 gebu muntah kat atas karpet iza slalu.. dulu2 tuh masa form 5.. iza slalu sorok gebu dalam bilik tido sama2.. bangun pagi kena kantoi ngan babah sbb babah intai kat tingkap.. tak snonoh kan orang tua tuh.. dah ler intai kol 6 pagi sbb ketuk soh bangun smayang..

pastu gebu sakit dulu2, dia lembek tamau jalan. doktor kata dia nak mati dah.. cilaka nyer doktor.. marah betol iza masa tuh.. suka ati cakap gebu nak mati.. padahal tak pun..

tapi gebu mati 2 tahun kemudian. semua sebab babah.. babah buat gebu mati! babah biarkan gebu dok luar pastu gebu kena kejar ngan anjing...

so pengajaran dia.. kalau nak ada kucing, jangan kasi babah bela.. dia tuh cruelty to animal..

Ahmad Javanese said...

gebu mati pasal aku la :(

aku rasa bersalah sebab bawak balik kucing2 dr Shah Alam

dia orang amik pot gebu :(

sorryyyyy :(

Anonymous said...

ish ish ish... rasa gebu lak aku baca cerita si Gebu nih. Kena hambat anjing ye. Jawa sapa? Pian ke?

Anonymous said...

ha ah, Jawa tu Pian la, dia obsessed dengan bangsa bapa dia...

Anonymous said...

kalau aku obsessed ngan bangsa bapak aku, konpius la aku... kalau aku obsessed ngan bangsa mak aku pun... konpius la jugak aku... tapi, aku tak obsesses mana mana bangsa... tapi aku still eternally konpiused.