Sunday, January 22, 2006

Nostalgia Puan Farawahida


Shijimizuka Main Street

Ni adalah gambar-gambar yang Puan Fara ambil. Oleh sebab dia dah bersusah payah ambil gambar2 hebat ni, saya pun masukkan dalam blog. Bagus jugak, sebab bukannya senang nak cari bahan untuk ditulis hari2...

Kedai Shizuoka Toyota dan Bee Balm...

Restoran Nepal dan kedai motor

Memandangkan Puan Fara tengah nostalgoia sekarang ni pasal tinggal hanya 8 atau 9 bulan saja kita orang akan duduk di Hamamatsu ni, dia ambil gambar2 tempat kami sekeluarga selalu menyinggah. Namun begitu gambar-gambar ni dia snap dari dalam kereta saja. Kalau turun, alamat lagi banyak gambarle dia snap... Antara gambar yang dia suka adalah Restoran Everest. Kari kedai ni kaw2...

restoran cina dan gedung sukaria jepun

dalam gedung sukaria

hustler hamamatsu

Last-last kami singgah kat gedung sukaria jepun. Dalam gedung ni ada tempat main video game, bowling, swimming, billiard dan baseball pitching and batting practice. Ingatkan nak layan Faiq main baseball sini, tapi tengok2 Faiq takut tempat ni pasal muzik dia kuat sangat...


arnab sesat dan tempat main budak2 kecil

tempat main budak2 besar

sendiri panjat, sendiri posing, sendiri turun... hebat...

turun ngan abah... adik ngan Puan Fara lepas shopping...

Jadi kita pon last2 pi ke taman permainan dekat kedai hyaku-yen. Ada arnab sesat sekor haritu... Faiq la ni dah berani main gelungsur tinggi. Makin hebat dia... Puan Fara dan adik masuk kedai shopping. Dua hari berturut2 mai kedai ni... Makin sakan dia shopping... Bila depa dah keluar, depa pulak layan Faiq. Kaki Faiq tersekat kat gelungsur tapi Alhamdulillah ada mamat Jepun sudah tolong... Dalam gambar tengah yang ada gambar aku dukung Faiq tu ada gambar 3 budak Jepun kat background. Yang pakai baju merah bawak beg putih tu pon tolong Faiq masa dia tersepit...

adik kat eco kids kedai barangan terpakai...

beg

posing dengan beg sekolah baru...

Lepas tu kita singgah pulak kedai baju 2nd hand niat nak beli adik ngan faiq baju. Takde yang berkenan tapi aku dapat beg sebijik. Mula-mula Puan Fara nak beli beg tu untuk letak lampin dan alat perkakas anak2, tapi tak sesuai untuk dia. Bila aku posing dengan beg tu dalam kedai, fulamak... memang kena... Macam beg posmen, matching dengan basikal aku... Jadi inilah gambar-gambar Puan Fara ambil weekend lepas. Ada 70 lebih gambar dia ambil, tapi tak boleh tunjuk semua pasal ada yang tak sesuai untuk tontonan bawah 80 tahun... heheheh...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home