Monday, January 30, 2006

Ahad yang kemas

Ahad lepas bermula dengan carpet yang kotor sangat dan tak lalu lagi dah aku nak pijak. Punca kekotoran yang teramat sangat adalah muntah Faiq. Ada budak2 muda dalam rumah ni macam hidup dalam disco. Bising sana-sini, muntah sana sini tak tidur siang malam... Dia muntah pasal perut dia tak sedap lepas dia minum air gas dan makan yogurt epal macam tak ingat dunia... Tak sanggup lagi dah tengok adik merangkak atas carpet kotoq tu. Jadi kami pun nekad nak pi basuh kat laundry. Puan Fara pikir, alang2 nak basuh carpet baik basuh cover sofa sekali... Alang-alang mengemas, biaq sampai ke pangkal lengan.


sofa togel...

carpet dapor dicabut...

Peti ais pon aku cuci... Lepas carpet kena angkat, dengan tak sengaja dapat idea untuk rearrange living room. Macam kapal karam rumah jadinya semalam. Lepas tu naik syeikh. Bukan setakat living room, tapi semua bilik aku kemas. Bilik tidur punya gerobok habih aku pindah-pindahkan baju... Kotak2 dan sampah recycle semuanyalah aku bersihkan... Sekali-sekala apa salahnya...


arrangement 1 dan anak2 black out...

Last-last jadi macam ni living room. Tempat pc ubah tepi bilik. Ikan dapat tempat baru.TV ubah ke tepi dinding sebelah kanan. Sofa ubah bubuh tengah rumah jadi berpisahlah dapor dengan living room. Nampak cozy sikit tapi heater tak boleh hembus angin panas directly masuk dapur... Letih gila semua... Tidoq laaa... Esok mau pi skolah dan mula buat thesis kot... Entahlaaa...


last-last jadi camni... ada macam casa impian (casa ih-pian) tak?

dapur impian...

ih=izhal, pian=alfian (adik aku)...

1 comment:

Anonymous said...

Lawak betul la. Puan Zaiha pun baru je mengemas dan rearrange bilik ni ha. Nampak luas gila. Lestat pun jadi gila sama. Lompat sana, lompat sini, lari sana lari sini. Mentang-mentang la kawasan sudah luas. Jadi padang permainan dia lak. Lepas tu lak sekarang kalau dia duduk satu tempat tu habis benda lain ditolaknya turun. Meja punya la luas. Aku letak kunci kereta sikit pun ditolaknya bagi jatuh. Nak dominate satu meja. Sungguh kurang asam la ini kucing.