Harini keadaan Hamamatsu sesak dengan orang ramai dah mulai reda. Jalan-jalan mulai kosong. Kedai banyak tutup. Yang buka pon Jusco je. Tu pun barang makanan dah nak licin. Rupa-rupanya harini hari Isnin. Saya ingat dah nak hari Selasa. Kalau hari ni Selasa, esok Rabu jadi bolehlah mula pi skolahbalik. Sebab kalau masuk lab hari Rabu, tinggal hari Khamis dan Jumaat saja untuk buat kerja. Rupa-rupanya hari Isnin.
Time ada anak ni yang syok boleh naik benda-benda ni depan orang ramai tanpa rasa malu. Dah la selambe je naik, siap boleh posing untuk snap2 gambar lagi... Cuba kalau orang bujang yang naik mainan ni semua, mesti ada senget sikit pikiran dia...
Dalam tempat ni kalau nak masuk kena bukak kasut. Ada banyak 'soft toys' yang beraneka warna kat sini, jadi biji mata adik gerenti teransang... Mainan yang besar dan berat untuk adik juga meransang otot adik...
Abang dah besar, jadi tempat ni dia dah bosan... Dia suka main bowling dan bulldozer gula-gula. Hebat dia main game-game tu. Memang kalah anak jepun ngan anak Malaysia sorang ni... keh keh keh... Semalam dia menang gula-gila sampai penuh poket seluar banyak poket dia...
Abang tengah jenguk...
... game bowling electronic kegemarannya!!!
Game baling bola sampai penat... takde motif punya game...
Puan Fara sedang terlebih tekun (ter'over-over')main mainan mengalahkan Abang dan Adik... Keh keh keh...
Puan Fara sedang terlebih tekun (ter'over-over')main mainan mengalahkan Abang dan Adik... Keh keh keh...
Semua benda ni ada dalam taman permainan kat Jusco. Musim sejuk ni tak dapatlah kami nak main kat luar dengan selesa jadi terpaksalah main kat tempat2 macam ni. Kalau tak pi sini, kesian le abang ngan adik asyik dok rumah je. Nasib baik bapak depa ni baik... Dah le baik, hensem pulak tu, patut la Puan Fara terpikat... keh keh keh...
2 comments:
hahaha...hari nih abg iz puji diri dia abiss..hehehehe...
erm..kita org suma nak gi jepun lagi...yeaaayyyy!!!
bulan feb ada mas travel fair lagi..leh jln2 lagi...yeahhooo..
Weh, apasal lak bujang takleh naik? boleh apa. Cuma bila dah tua ni naik yang ayun-ayun sikit dah sakit perut beb.
Post a Comment