Friday, January 27, 2006

Dont Worry, Be Happy!!!

Budak2 senang nak bagi gembira... Contohnya bagi main spray air je dah cukup, nilah permainan terbaru bakal-bakal body guard aku...

Permainan yang membasahkan rumah ni bermula bila Puan Fara lepas spray pokok meninggalkan spray kat tepi TV. Lalu adik nampak dan terus meluru ke arah spray. Mula2 aku pun heran apalah budak ni nak buat laju sangat pi kat TV. Nak angkat TV ke? Sampai je kat TV dia terus berdiri dan ambil spray... wah wah wah...


dah rampas...
abang tembak, adik gelak...

Abang pulak yang dah nampak adik pegang spray terus pi kat adik dan rampas spray. Adik blank. Abang terus spray adik. Yang syoknye, adik kena spray terus terkekek-kekek gelak. Tak marah langsung... Abang tengok adik gelak lagi dia spray. Aku pulak malas nak campur, buat dont know je... Carpet lembab... Puan Fara terpaksa campur tangan...

aiseh, sudah potong kegembiraan laaa...

Kalau boleh jadi budak2 ni memang syok, spray pon boleh buat kita gembira... Dah besar2 ni kalau nak gembira kena habis duit banyak... Lagi banyak belanja lagi gembira, tapi lepas habis gembira terus termenung pasal duit sudah digunakan untuk kegembiraan...

izz farish, the wet look...

Bak kata-kata hikmat mendiang Bob Marley:
Dont worry, bee happy... :)

1 comment:

Psych said...

Orang tua nak gembira pun takyah pakai duit sebenarnya. Nak main spray pun boleh aje kalau dah ada budak. Kalau aku jadi ko, aku join main sama.(Kalau ko buat camtu, aku rasa Puan Fara lagi pening kot sebab kena jaga 3 ekor budak. But then again dia pun boleh join sama. tak salah kan?) Kalau tak join pun, tengok diorang pun dah boleh gembira. Cuma lencun la carpet tu. Musim sejuk ni lambat la kering. :D