Saturday, January 28, 2006

Opocot!!!

Aku terkejut pada suatu hari. Terkejut teramat sangat tapi sempat pi ambil gambar2 yang mengejutkan aku... Faiq dah pandai kupas limau... Kejadian yang membanggakan ni terjadi atas lembek dalam bilik. Aku keluar toilet lepas mandi, sekali tengok abang tengah kupas limau diam-diam sorang-sorang je. Mula-mula dia kopek dan tabur kulit limau atas tilam...


kupas dan makan...

Lepas tu dia makan limau. Dia ni memang hantu limau... Dari zaman takde gigi sampailah ke gigi susu dia mula rongak baru2 ni, dia memang suka limau. Kalau Gong Xi Fa Chai aku rasa dialah orang paling happy...


cara betul mengumpulkan kulit limau...

Lepas makan dia pi ambil tisu. Dia kumpulkan semua kulit limau tu kemas2 atas tisu. Memang teliti dia ni. Last sekali dia ambil tisu tu dan buang dalam tong sampah... Memang dah lengkap ilmu memakan limau abang... Yang herannya Puan Fara buat dont know saja. Aku je terover excited tengok gelagat limau abang. Rupa2rupanya dia kata benda ni dah biasa abang buat. Aku je tak pernah nampak... Laaaaa... Patutlah hebat benar makan limau sorang2. Tapi kalau esok abang kopak durian, Puan Fara sure terkejut punyalah...

Do you know what your kids are up to???

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

sedap limau yg faiq suka tu. org jepun tak sambut CNY kan? ada JNY ke. mwahaha soalan ntah apa2 :p

-tenma-

2:38 AM  
Blogger Izhal said...

Tak sambut kot... Tapi orang Korea sambutla CNY...

1:04 PM  
Anonymous Psych said...

Aku tumpang bangga atas kehebatan anak ko. Kalau aku pun ternganga budak 2 tahun kupas limau sendiri. hee hee hee. Can he actually talk yet? I'm sure once he does you won't be able to stop him.

Kalau esok faiz kopak durian aku rasa bukan Puan Fara je terkejut, durian tu pun terkejut sama, sebab dia ingat dia leh selamat. tapi harapannya meleset sama sekali.

1:16 PM  
Blogger Izhal said...

thanks psych... faiq tak banyak cakapla, pendiam sikit... sometimes only he speaks... his language is a mixture of bahasa melayu, japanese and english spoken in a teletubbie tone...

6:06 PM  

Post a Comment

<< Home