Wednesday, January 18, 2006

Fire

Dua hari lepas waktu malam Puan Fara terkejut dengar siren. Macam ada emergency semacam je tapi sekejap lepas tu bunyi siren tu hilang. Keesokkan harinya aku pun pi skolah naik basikal macam biasa. Sampai satu tempat ada bau lain macam sikit la. Bau macam ikan bakar yang tak menjadi, tapi bau dia extra strong. Nampak orang berlonggok kat satu tempat. Bila basikal aku makin dekat dengan tempat orang melonggok tu nampak rumah terbakar yang sudah dipadamkan.

Memang kesian betul. Time-time musim sejuk ni rumah pulak takde. Kalau musim panas tak apalah. Ni mesti rumah warga tua pasal diperbuat dari kayu. Design pula style tradisional. Gambar-gambar ni adalah gambar 2 hari lepas kejadian. Ye la, takkan nak snap gambar time orang ramai tengah melonggok. Mana satu tuan rumah pun kita tak kenal, silap2 kena penampar jepun.


Satu yang bahaya rumah-rumah jepun ni, semuanya rapat2 sangat. Kalau tempat parking tu memang muat2 kereta. Sapa tak pro, memang tak boleh nak masuk parking depa ni. Lagi satu, depa ni suka sangat simpan barang banyak2 dalam rumah. Tempat simpan pulak dalam gerobok kecik je. Sekali kena sambar memang habis. Jarak antara rumah ke rumah pula memang kecil juga. Dalam besar sedepa. Jalan pulak sempit. Kalau ada emergency macam ni, bomba susah betul nak masuk. Sepanjang aku dok sini, dah ada 3 kebakaran area ni, termasuklah yang ni.. Seram...

Malaysia jugak nyaman...


3 comments:

itique quack quack said...

Hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri, tapi orang yang duduk negeri sendiri tak kisah pon pasal batu sebab ada batu yg dianggap emas.

~rendition of the Malay saying~

Izhal said...

Betul la tu itique. Emas ngan batu yang beza sebab emas berkilat je...

pyan said...

apa kaitan api dan batu dan emas?