Tuesday, January 17, 2006

Shokudo

First of all a word of advise. Jangan guna MRR2 hiway yang link Kepong dengan Gombak. Bahaya. Kalau fly-over situ hayun ikut 'natural frequency', anytime boleh roboh. Kalau anda kat Kepong dan nak pi Gombak, ikut Segambut. Biar lambat asal selamat...

Susah betul nak cari bahan apa nak ditulis hari-hari. Nak dengar pasal cafe Shizuoka University? Dalam bahasa Jepun, cafe university dipanggil 'shokudo'. Kat Shizuoka University ada 2 cafe. Tapi yang diceritakan harini adalah cafe yang paling happening. Cafe ni happening pasal ramai undergrad bertandang ke situ. Yang lagi satu punya cafe tu dah la tutup awal, ramai staff je makan. On the way nak pergi cafe ni kita akan lalu satu notice board yang sudah dihias dengan gambar cantik. Gambar 'THE SMOKING SAMURAI'





Bangunan cafe sini 2 tingkat. Warna cokelat dan putih. Tingkat bawah adalah cafeteria university. Ada ATM sebijik untuk memastikan anda boleh ambil duit untuk beli makanan. Tingkat atas ada restoran, kedai buku dan printing shop university. Perasan tak ada vending machine kat luar tu. Baik beli air sini dari kat dalam, pasal kat vending machine ni harganya lagi murah. Tapi kat dalam ada air teh hijau jepun yang free lagi menyihatkan tubuh badan.

Makanan kat sini bagi saya boleh tahan sedap. Tapi geng2 jepun kata tak sedap. Mungkin lidah kami lain. 'Nato', sejenis makanan jepun yang memang tak sedap lagi menggelikan
bagi mereka sedap sangat2. Tapi bagi mereka juga, durian tak sedap gila-gila. Kalau beli makanan kat cafe ni mesti berhati2 pasal saya pernah termakan 'butak' (babi). Sedap jugak pasal tukang masak pandai masak kot... heheh... Hari yang termakan butak tu sebab beli tauhu. Biasanya tauhu tu dia bubuh kicap, tapi mungkin haritu kicap dah habis so dia letak butak la. Lagipon silap saya tak berhati2 masa beli. Makanan dalam cafe semua dibalut dengan plastik untuk kebersihan tapi juga menyusahkan orang nak tengok isinya.

Ikan dibalut dengan plastik, kan susah nak tengok...







meja-meja...

lunch...

geng makan: Zainal, Sufian, Sazly, Audy dan saya...

prof2 yang tua-tua lagi macho di meja belakang makan sini juga...

Hidangan makanan tengah hari yang biasa saya beli. Nasi semangkuk, ikan bakar berkuahkan kicap, sayur semangkuk, sup miso, Tauhu dalam kicap dan fish sticks. Harga semua dalam 500yen saja. Air free sebab amik air teh hijau... Cafe sini lepas makan kena angkat tray dan asingkan pinggan, mangkuk dan cawan kedalam sinki supaya terapung-apung mengikut kategori masing2.


mangkuk kecik dalam sinki kiri, magkuk besar dalam sinki tengah, pinggan dalam sinki kanan

chop sticks, sudu garfu dan cawan (mangkuk kecil tu) lepas digunakan...