Wednesday, January 11, 2006

Google Earth updated and my 3D images

Google earth sudah update. Terrain map dia untuk detailed area semakin hebat...

FLAT
TERRAIN

Kalau duit banyak rasa nak beli la Google Earth Pro. Resolution dia memang clear dan features melambak... Tapi mahal sangat.

Sekarang online program macam tu pon boleh nampak negara-negara orang dengan jelas. Siapalah kepala yang dok mengusha tempat2 ni? Sure MAT SKODENG BIG TIME!!! Yang pelik tu depa boleh bikin 3D imagery untuk dapatkan terrain map. Macaman satelite dia buat? Stereo imaging from space ke? Radar Imaging ke? TOF Imaging tak mungkin...

Paper yang aku nak karang ni pon lembab je progress dia. Digital circuit yang nak buat pon lembab jugak proses dia. Tapi ada satu good news. Minggu depan tok guru aku nak pi USA. Time dia takde memang kenchang aku buat kerja. Hmmm, what to write about today in my blog haaa???

Orait... Harini malas sikitlah nak upload gambar dari handphone kedalam PC. So I'm putting up some images from my very own 3D camera designed last year...


Ini adalah gambar hitam putih (grey scale) dari TOF image sensor saya. Gambar ini diambil dalam gelap dan hanya pakai cahaya dari 100 biji infra red LEDs. Nampak object2 dalam gambar ni? Paling kiri adalah kotak. Sebalah dia tong sampah kecil dan atas tong sampah tu ada kotak. Belakang dia ada kotak lagi. Belakang lagi card board. Belakang lagi ada papan berdiri tegak tapi susah nak nampak. Paling kanan putih adalah papan yang dibalut dengan kertas putih. Belakang tu ada rak buku. Tak nampak ke??? Read more and you will see...

Ni pulak gambar jarak (range image) scene yang sama. Jarak object daripada 3D camera anda boleh baca di colorbar sebelah kanan gambar tersebut. Objek jauh sekali (dinding 6 meter lebeih dari camera) warnanya merah. Kotak yang sebalah kanan tu dekat dengan camera so warnanya biru... Nampak objek oren tu tak? Tu adalah rak buku yang tak kelihatan dalam grey scale image tadi. Yang kuning tu adalah papan yang jugak tak nampak dalam grey scale image tadi. Maklumlah, amik gambar dalam gelap, cahaya (Nur bahasa dalam Quran) pulak dari infra red LED je yang memang mata manusia tak boleh nampak. Tapi bila camera 3D ni amik gambar, boleh nampak beb... Yang hijau muda tu dinding card board. Tong sampah biru muda. Kotak atas dia pun biru muda pasal jarak depa hampir nak sama...

Bila kita campurkan (warp) gambar hitam putih dengan gambar jarak kita dapatlah texture mapped range image atau lebih senang disebut, gambar 3D. Camera CMOS TOF yang kami buat ni boleh ambik gambar2 range image dalam video rate. Amacam??? Cun ke gambar2 ni??? Memang tak cun, pasal ni baru prototype. Nak cun buat sendiri la... hehehe...













Teko, tong sampah, PC atas meja ini pun telah kami belasah ambil gambarnya... Real time 3D images... Tapi pixel tak banyak le test chip ni... 0.8Megapixel saja... Kalau sapa2 nak beli digital camera, 4 MegaPixel mesti minimum kalau nak gambar yang cantik bila diprint...

Jadi konklusi harini, tak mungkin google earth pakai teknik TOF untuk buat terrain map pasal matahari sendiri ada cahaya infra red. Ini boleh boleh kacau camera TOF. Aku rasa depa pakai space stereo imaging... Paper aku nak tulis aku start jap lagi... dah semangat dah ni... Good night...

5 Comments:

Anonymous Psych said...

Aku rasa google earth pakai either software image processing or pre-built 3D models of towns mapped directly by scale on the maps. Tak susah pun. Kalau tak salah we can submit our own 3D landscapes and images if we have any. The thing about community-ware ni is the fact that you have the whole world working on it. Kalau ko tak rajin, orang lain leh buat. Initiative la. Although not meant to be open source, it's what open source is all about. People around the world collaborating without the boundaries of race, religion, corporate standards and companies. Free info from free people. my half sen la. 2 cents is too expensive. heh heh heh.

10:27 PM  
Blogger Ija said...

kalau orang jahat kat bangi tuh tere pakai google earth, nnt lagi senang dia nak pecah masuk rumah kat bangi hill...

11:22 PM  
Blogger pyan said...

rasa2 dia main satelite image je kot? Sebab kalau zoom sampai bawah, takde la 3d sampai abis :)

ni rasa2 je la

aku pon baruu paham apa bang iz dok buat ni.
hahahaha!

Ampes,... ni susah ni. Baca berjuta2 kali baru paham satu konsep. I need to resharpen me brain

3:02 AM  
Blogger pyan said...

Watashi no atama ga sakit desu

japs... atama tu apa ek? Lua desu yo....

3:10 AM  
Blogger Izhal said...

dekat MARS topographic map pakai TOF method tapi laser based...

11:12 AM  

Post a Comment

<< Home