TIDURKAN BABY
Baby berusia 8 bulan memang lasak dan cerdik. Mereka ini sepatutnya tidur dengan cukup untuk tumbesaran tetapi manusia golongan ini hendak sentiasa main sahaja. Sepatutnya ibu mereka haruslah menidurkan mereka. Tetapi kadang2 ibu mereka sangat sibuk, jadi bapa merekalah harus menidurkan mereka. Setelah lama dikaji cara-cara termudah untuk menidurkan baby di waktu tengah hari, inilah solution saya sebagai seorang bapa.
Mula-mula mandikan baby tersebut dulu. Ini menjamin kebersihan dia sewaktu dia tidur lena nanti.
Kemudian bagi dia main sampai penat. Langkah ini mudah kerana baby suka main apa-apa sahaja.
Bila dia dah penat, peluk dia sampai dia lemas dan menangis. Step ni akan menambahkan kepenatan baby tersebut sebanyak 10 kali ganda. Ia juga akan mematikan semangat keinginannya untuk terus bermain.
Bawak dia duduk sambil kita tengok tv. Baringkan dia atas dada. Dia akan terus merengek tapi buat tak tahu saja sambil menepuk2 dan mengusap2 belakang dia. Perbuatan ini akan menenagkan baby tersebut.
Baby akan mula 'blank' dan tak tahu kenapa dia menangis. Diwaktu yang sama dia akan merasa penat dan mengantuk yang teramat sangat.
Jaga-jaga, anda juga mungkin mengantuk sekali. Waktu ni baby baru tidur2 ayam.
Budak2 berumur 2 tahun 6 bulan bukannya tahu apa-apa tentang kebersihan gigi, jadi mereka ini memang satu golongan manusia yang tak kisah malahan tak mahu gosok gigi. Jika anda mempunyai anak yang begini, kepit dia di celah-celah peha anda dengan kuat agar tangan dan kaki dia tak boleh bergerak. Sambil dia terbaring, paksa gosok gigi dia. Pakai berus gigi elektrik yang bulunya lembut memang memudahkan kerja-kerja anda.
Mula-mula dia lawan
Lepas tu dia kawan...
Profesional Parenting...
6 comments:
Kepit celah peha? engko ni biar betul weh. Naya budak. Habih tu kalau terlepas dia picit anu ko tu... Naya ko lak. Kot kot leh ada anak lagi, lepas ni takde dah. hehehehehe.
Apa kata ko pakai cara "mari gosok gigi sama-sama". Engko berus gigi, anak ko pun berus gigi gak. Entah-entah engko pun tak gosok gigi ye. hahahahaha.
Aku cakap reti le. budak takde lagi. entah-entah aku cakap kat budak tu- "kalau takmo gosok gigi malam-malam lipas datang jilat... slurp slurp... mmmm.... sedaaaap...." Tapi kat jepun ada lipas rumah ke?
eee mmg iz nie kepit si faiq pakai kaki.. pernah tengok live show lagi faiq kena gosok gigi.. sian budak tuh..
"Tapi kat jepun ada lipas rumah ke?"
Adaaaaaaaaa...
Sian anak iz, dikerjakan dek bapak dia! Nasib baik anak aku nak gosok gigi.. Aku rasa, kalau ko bagi budak2 lain tengok gambar ni, mahu rasanya semua budak kat dunia ni ramai-ramai gosok gigi!! takut!!
p/s: lagi cakap mak yg garang mcm mak tiri.. ni, mcm bapak tiri ni, takpe ke?
hahahahaha
good tip
buleh pakai ni
Tips bagus but masa tunggu baby bukan buat kita lena sama....
Zo D
Post a Comment