Wednesday, January 25, 2006

Sampah Masyarakat...

Hari Khamis dan Isnin adalah antara dua hari kita boleh buang sampah dapur. Yep... Duduk Hamamatsu ni sampah pun boleh jadi cerita dalam blog.

Seminggu dua kali saja boleh buang sampah dari dapur kat Hamamatsu ni. Hari Khamis dan Isnin pukul 7-8 pagi, orang sampah akan kutip sampah di satu tempat dump yang khas. Kalau kena hari public holiday, simpan dulu sampah anda... Lori sampah akan bawak dan bakar sampah2 ni. Tapi aku buang je malam Khamis dan Isnin tu sebab tak kuasa aku nak bangun pagi semata2 nak buang sampah. Orang2 Jepun pun buat style aku je...

Ni adalah jadual buang sampah di daerah Sumiyoshi dalam bandar Hamamatsu. Jadual ni kita ambil setiap April dekat pejabat daerah. Hari buang sampah dikod warnakan setiap bulan.


Jadual sampah setahun dan untuk bulan Januari 2006

Okay, nampak senang kan, la ni untuk part yang susah.Warna kuning untuk recycleable plastick containers(plastick dan pet), biru untuk non burnable rubbish (barang berukuran 60cm panjang macam cd, radio kecik, hari dryer, toaster, toys), hijau pula untuk recycleable rubbish. Hari hijau dibahagi kepada 3 warna pulak, coklat(brown glass bottles), putih(transparent colorless bottles),hitam(other bottles). Warna-warna hari hijau sebenarnya adalah warna bakul plastik yang depa sediakan kat tempat buang sampah... Susah sangat tengok gambar bawah ni je...


Warna-warna untuk jenis-jenis botol kaca...



color code close-ups...

Untuk sampah-sampah extreme, macam nak buang piano, peti sejuk atau kereta, kita kena talipon tempat khas. Lepas tu yang syoknya kita kena bayar pulak tu untuk sampah kita dibuang...


Sampah-sampah extreme!!! Hahahahahaha

Selama ni aku balik lab sampah dapor dah disediakan oleh Puan Fara. So sebelum duduk berehat aku akan pergi buang sampah tu kat tempat yang patut. Jadual2 tadi tu aku pun tak 100% faham pasal complicated sangat. Puan Fara memang dah master 'the art of trashing' kat Hamamatsu ni. Jadi aku harap kat dia jelah...

Orang Jepun ni adalah satu bangsa yang boleh hidup dengan sampah. Tunggu sampai the time is right mengikut jadual tadi barulah depa buang. Punyalah ta'at kepada perintah. Kalau musim panas, sampah dapur cepat busuk, jadi depa ciptalah alat2 canggih untuk mengurangkan bau busuk ni. Gila ke pandai sangat ke apa ke entah la depa ni... hahahhaa... Susah wooo jadi suri rumah jepun ni... Sampah recycle kita orang pun dalam proses dikumpulkan.


koleksi sampah bersih kami, untuk dibuang pada hari hijau...

Lagi satu,sampah recycle ni kita kena cuci sebelum buang. Contohnya, botol air kena buang pembalut dia dan isi dia kena buang dalam sink. Botol tu sendiri lebih afdhal jika dibasuh... Haiiiiyaaaa... MENDOKUSAIIIII... Ini baru sampah peringkat rumah, kalau peringkat universiti lagi susah...

Tempat buang sampah di dua lokasi kawasan perkampungan sumiyoshi...

Kesimpulannya, sampah masyarakat jepun ada dua jenis... sampah kotor dari dapur dan sampah bersih untuk direcycle... Depa ni extreme sangat buang sampah pasal negara dia padat sangat ngan orang dan tanah tak cukup. Kalo tak buat camni, jadi gunung sampah la Jepun ni... Tapi satu, Islam suruh bersih apa. Kebersihan separuh dari Iman... Orang2 Jepun ni dah ada separuh dari Iman la kot...

6 comments:

Anonymous said...

Aku rasa sistem ni bagus dipraktikkan kat Malaysia. Daripada dok kempen kat TV pasal recycle ke apa, suruh je majlis perbandaran buat undang-undang ikut hari camtu. Tapi tak tahu la orang Malaysia yang takde otak sivik ni. Sure dia bedal je letak sampah kat luar. Sekarang pun masing-masing litterbugs, buang sampah merata-rata. Bukak cermin kereta, buang kulit rambutan kat jalan... kulit rambutan tu takpe lagi, segala beg plastik la, gunting la, botol kaca la, tin air la... Camna kita nak ajar orang malaysia ni jadi sivik minded? Cukup ke matapelajaran sivik kat sekolah tu? Tengok orang bawak lori kat malaysia ni cukup la. dah langgar orang- lari. Itu memang calon-calon kalau dapat nak kena sula ngan batang tiang bangunan rumah tu. Jangan kata lori, orang bawak kereta pun sama je.

juwaidah said...

Don't be too emotional about Malaysians.. Kat UK ni pun, ramai yg tengok mat saleh ni, puji kata diorang pandai bawak kereta lah.. pembersih la.. hormat orang la.. Tapi, semua tu, certain people only!! So, samalah macam kat Msia.. certain people only yg macam tu.. Yang kat sini terlampau ikut undang-undang, is becoz semuanya ada camera. Buat salah, semua recorded. Cuba kalau negara tak cukup duit nak letak camera merata-rata, mcm kat Msia tu.. alamatnya, banyak jugak la kes2 berat.

Iz, kat sini, lagi la dok peruk sampah.. sekali seminggu jer boleh buang. Kalau buang awal sangat, kena denda! Tengah winter ni, boleh la tahan.. Bila summer nnt.. tak tahu ler..

Ija said...

kat sini hari2 nak buang pun boley. derang angkut ajer.. tapi sebab iza dok dorm so iza tatau lah orang dok umah lagu mana.

kalau nak buat kat mesia? hmm.. susah! nak soh recycle pun hampeh.. tp ada satu cara kat singapore nie, untuk galakkan recycle air tin.. derang buat cam slot machine. kita taruk tin can tuh pastu nnt dapat coupon ke apa ke... tapi pastu sure nnt orang kata galakkan gambling...

kalau kat campus iza nie.. merata2 recycle nyer balang.. so nytime nak recycle boley ajer... rasa bangga!

Anonymous said...

Ju, There is always room for improvement. Bukan semua benda mat salleh ngan jepun buat tu bagus. kita ambik yang bagus la buat iktibar. Not being emotional, just stating my opinion.

Anyway, nasib baik buang sampah je yang limited to once a week or twice a week or once a day... Kalau buang air pun kena limit camtuh.... Naya bang! hee hee hee...

Izhal said...

"Anyway, nasib baik buang sampah je yang limited to once a week or twice a week or once a day... Kalau buang air pun kena limit camtuh.... Naya bang! hee hee hee.."

actually dalam setengah2 tempat ada jugak impose hari yang boleh buang air besar and flush toilet... this is to preserve water... no kidding...

nasib baik aku tak duduk situ...

Anonymous said...

nasib baik kat umah ayah rajin angkut sampah hari2 buang...;)