Tuesday, January 24, 2006

Signal to Noise Ratio

Apa dia Signal to Noise Ratio (SNR)? Macam saya cerita kat Puan Fara tengah hari tadi supaya dia boleh tangkap dengan mudah, dialognya lebih kurang macam ni...

Izhal: Tau apa SNR tak???
Pn. Fara: - diam tanda malas nak layan tapi pandang2 jugak kat aku, interested kot -
Izhal: Meh sini orang terangkan... Macam Mami (saya panggil Pn. Fara Mami atau Bi) selalu cakap banyak benda kan...
Pn. Fara: Orang cakap nak bagi paham. Kalau cakap sikit-sikit kang tak paham, tulah orang cakap banyak... Lagipon Abah ni orang cakap banyak2 pon tak 100% dia tangkap. Tak 'pay attention' apa. Tu la abah selalu tak pay attention kat orang... Tu la orang kena cakap banyak2...

So dari perbualan tadi kita boleh lihat yang Pn. Fara ni pandai berkata-kata dan sebenarnya dia sudah ada asas concept SNR...

Izhal: Ye la... contoh, macam apa Mami cakap tadi tu semuanya kira Signal...
Pn. Fara: Ye la, kan bunyi tu Signal. Takkan cakap tak keluar bunyi. Takde signal la camtu. Buat penat je cakap... Hahahahaha (sambil dia melawak)

Pn. Fara juga hebat menerangkan sesuatu yang simple dengan panjang lebar...

Izhal: Semua mami cakap tu semua masuk telinga Abah tau, tapi dalam 90% je abah paham sebab 10% lagi tu NOISE.

Jeng-jeng-jeng... Dari contoh diatas kita nampak bahawa setiap Isyarat(Signal) akan ternoda dengan sedikit hingar(NOISE). Dalam kes tadi, 100 ayat Puan Fara ada membawa 90 ayat Signal dan 10 ayat Noise. SNR saya (sebab saya penerima isyarat) hanyalah 10 log (90/10) =9.05dB. Kalau nak tambah SNR, kita kena lebih peka supaya nilai signal naik ataupun nilai noise turun... SNR yang sebaik-baiknya ialah 60dB (kalau guna 10 log x) atau 120dB (kalau guna 20 log x). Jadi lepas ni kalau Puan Fara bercakap saya kena kurangkan ayat2 noise dari 10 kepada 0.0001... heheheh...

Bawah ni ilutrasi bergambar tentang SNR...


Muka Senyum Nakal=Noise,Muka Senyum Manis=Signal


Anda dapat satu paket. Isinya ada Signal ada Noise. Rupa Noise dan Signal pun anda dah tahu...


Bila anda buka paket yang diterima, ada muka senyum nakal dan ada muka senyum manis. Bilang muka-muka tersebut dan gunakan formula SNR dalam gambar diatas untuk mendapatkan SNR anda!!! Dalam kehidupan seharian, paket2 yang datang tu tak boleh dibuka, tapi ada cara2 nak dapatkan SNR. Kena guna kaedah statistik sikit untuk bilang muka2 senyum nakal. Bila dah tau berapa banyak, tolak dengan nilai paket untuk tahu bilangan muka senyum manis... lepas tu kira SNR macam biasa... kerja ni leceh sikit dan memakan masa yang banyak. lebih2 lagi kalau ada dalam 50,000 muka dalam sepeket. Lepas tu satu hari dapat dalam 50 paket pulak. Jenuh la...

Any questions???

6 comments:

juwaidah said...

kalau la cikgu kat sekolah mengajar mengunakan ilustrisi yg sebegini baik, rasanya, dah lama saya jadi pandai!! hahaha!!

Anonymous said...

Aku rasa lepas ni aku kena ajar ko pakai flash la. Cara engko present memang kreatif dan unik. First time aku tengok orang lukis atas kertas ambik gambar pastu taruk lam blog. Yes it works. And it's fantastic for lazy people like us. However, kalau ko reti pakai flash ko leh tambah animasi sikit kasi lagi interesting. hee hee hee. Keep up the good work dude. Ko nye blog ni memang bagus. Aku selalu je promote kat member-member aku. Lebih dari blog aku sendiri. hahahahaha. Sebab kengkadang tu aku baca blog aku sendiri pun aku rasa tak semua orang akan paham. I'm a lousy teacher.

Anonymous said...

Aku tengok ko lukis ni aku teringat masa kecik dulu lukis komik atas kertas printer dot matrix(dulu panggil kertas komputer je. Printer takde lam kamus.) yang berlubang-lubang tu. Engko, aku ngan Iwan Adiputra. Man, i wonder where he is now.

Izhal said...

pakai flash??? aku terpikir gak tapi tak reti and was hoping someone could teach me... dah ko volunteer, i'll take you up on it bila aku balik kang...

iwan adiputra... maybe he's somewhere drawing cartoons for pelawak gigi jongang... hehehe...

by the way glad you like my blog, aku ingat orang masuk skali skala je... tapi akurasa ko punya better... buat orang pikir banyak... aku punya ni isi dia in promptu je... hehehehe... like this SNR entry is because i'm struggling to get some SNR data now and since the proses is too long, while waiting i'll just write about it...

Anonymous said...

tenma wuz ere!! hehe. ya la ada org promote & siap quote mr.izhal ni lagi.. err.. i don't know why but people's wife always look familiar to me :P did puan fara study in uk circa '98 - 2001?

Izhal said...

hello Tenma, thanks for paying me a visit... you have a site that I can visit ke??? My wife never went to UK, infact between that time we just returned from the states, got hitched and started our lives... :)